#1226: Ucapan Tahniah di Hari Raya

Soalan:

Assalamualaikum Dato Seri, menjelmanya hari Raya, ramai di kalangan kita mengucap tahniah? Apakah boleh kita mengucapkan tahniah?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Nas menunjukkan hukumnya dibolehkan. Banyak hadis Nabi SAW seperti yang diriwayatkan daripada Wasilah bin al-Asqa’, hadis Abi Umamah dan ramai lagi, mereka menyebut pada akhir Ramadhan atau awal raya, dan permulaan perayaan, apabila saling bertemu dengan menyatakan:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Maksudnya: “Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu.”

Lihat Ma’rifatu al-Tazkirah (157) oleh Ibn al-Qaisarani, Fath al-Bari (3/294) oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.

Justeru, tidaklah menjadi kesalahan untuk saling mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Antara ucapan yang digalakkan ketika bertemu pada hari Raya:

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ، مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ، تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Mudah-mudahan dengan cara ini, Allah makbulkan amal ibadat kita di samping Allah kukuhkan ukhuwah sesama kita.

Bertarikh: 5 April 2023 bersamaan 14 Ramadhan 1444H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *