• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Puasa Ramadhan

#1356: Hari Raya Berbeza Hari Ketika Musafir

by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
October 30, 2023
Reading Time: 2 mins read
0
0
Share on WhatsappShare on Facebook

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri, saya mula berpuasa Ramadhan di Malaysia, kemudian saya musafir ke Emiriah Arab Bersatu. Jika Emiriah Arab Bersatu raya pada hari Jumaat sedangkan Malaysia raya pada hari Sabtu. Adakah saya perlu qadha’ puasa sehari kerana saya hanya puasa 29 hari sahaja?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Dalam menjawab persoalan di atas, suka kami mulakan dengan hadith Nabi SAW, daripada Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعَدَدَ

Maksudnya: “Berpuasalah sekiranya kamu melihatnya (anak bulan) dan berbukalah (berhari raya) sekiranya kamu melihatnya (anak bulan). Sekiranya cuaca mendung, maka sempurnakanlah bilangan harinya (tiga puluh hari).”

Riwayat Muslim (1081)

Rasulullah SAW telah menyebut dalam Islam yang bulannya antara 30 atau 29 hari sahaja. Tiada 28 dan tiada 31. Hal ini berdasarkan hadith:

إِنَّا أُمَّةٌ أُمِّيَّةٌ، لاَ نَكْتُبُ وَلاَ نَحْسُبُ، الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا، يَعْنِي مَرَّةً تِسْعَةً وَعِشْرِينَ، وَمَرَّةً ثَلاَثِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah umat yang ummi, kami tidak menulis dan kami juga tidak mengira. Satu bulan itu, begini dan begini.” Maksudnya, kadang-kadang (jumlah harinya) dua puluh sembilan hari dan kadang-kadang tiga puluh hari.”

Riwayat Bukhari (1913)

Khatib al-Syarbini berkata: “Sesiapa bermusafir dari negeri lain yang tidak dilihat anak bulan Syawal ke negeri yang kelihatan anak bulan, maka wajib untuk dia berhari raya bersama mereka, iaitu di negeri yang dilihat padanya anak bulan Syawal, sama ada dia telah berpuasa dua puluh lapan hari ataupun dua puluh sembilan hari. Justeru, hendaklah dia mengqadha’kan sehari puasa jika dia hanya berpuasa selama dua puluh lapan hari kerana bulan dalam Islam tidak akan kurang daripada 29 hari. Berbeza jika dia telah berpuasa sebanyak dua puluh sembilan hari, maka tidak wajib qadha’ baginya kerana ia telah menepati bilangan bulan Islam yang paling sedikit, iaitu 29 hari.” ( Lihat Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifati Alfaz al-Minhaj, 2/145)

Kami katakan bahawa puasa anda telah mencukupi 29 hari dan anda tidak perlu untuk mengqadhakan satu hari yang kurang berbanding di Malaysia (jika Malaysia raya pada hari Sabtu). 

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh:19 April 2023 bersamaan 28 Ramadhan 1444H

Previous Post

#1355: Solat Sunat Tarawih Sebelum Solat Isya’

Next Post

#1357: Status Solat Jumaat Jika Berbetulan dengan Hari Raya

Next Post
#1357: Status Solat Jumaat Jika Berbetulan dengan Hari Raya

#1357: Status Solat Jumaat Jika Berbetulan dengan Hari Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • #5000: Busuk Daging dengan Sebab Bani Isra’il
  • #4999: Apakah Nabi SAW Pernah Lupa?
  • #4998: Kanak-kanak Mendapat Pahala Amal Kebaikan dan Diangkat  Daripada Mereka  Dosa
  • #4997: Marah Ketika Memberi Peringatan Jika Dilihat Sesuatu yang Tidak Betul

Recent Comments

  • SR on #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • Pakde Min on #119 Turutan Kelayakan Imam Solat
  • Qalisya Nair on #706 Keutamaan Antara Puasa Qadha’ Ramadhan dan Puasa Nazar
  • Nor Azizul Bin Khalil on #2549: Benarkah Rasulullah SAW Mempunyai Ayam Jantan?
  • Achika on #330: A Wife Following the Funeral Procession of Her Husband
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.