#426 Maksud Tunang

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan khitbah atau tunang?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Tunang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat[1] didefinisikan sebagai:

  • Bakal isteri atau suami,
  • Mengikat janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin)
  • Meminta anak gadis supaya menjadi isteri
  • Melamar
  • Meminang

Tunang atau dalam bahasa arabnya Khitbah (خِطْبَةِ) di sebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman :

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِۦ مِنْ خِطْبَةِ ٱلنِّسَآءِ

Maksudnya: “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah).”[2]

Ayat ini walaupun menceritakan akan keharusan meminang wanita yang masih di dalam iddah, akan tetapi keumuman ayat ini memberi isyarat akan keharusan meminang wanita yang ingin dinikahi.

Al-Khatib al-Syarbini mendefinisikan khitbah atau peminangan sebagai pertanyaan untuk melangsungkan pernikahan dari seorang lelaki kepada si perempuan.[3]

Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan الخِطبة  iaitu meminang adalah seorang lelaki meminta untuk berkahwin dengan seorang perempuan dengan menggunakan cara boleh difahami.[4]

Berdasarkan persoalan di atas, secara ringkasnya, bertunang ialah perbuatan meminang adalah menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada seorang perempuan. Hal ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi saw yang meminang Aisyah R.Anha dan Baginda juga pernah meminang Hafsah R.Anha.

Namun begitu perlu juga diingat. Ada beberapa jenis perempuan yang tidak boleh dikhitbah iaitu :

  • Perempuan yang masih di dalam iddah raj’iyyah walaupun secara sindiran (ta’rid)
  • Perempuan yang sudah menjadi tunangan orang lain. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi saw oleh Ibnu Umar. Kata beliau :

نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَبِيعَ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلَا يَخْطُبَ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَتْرُكَ الْخَاطِبُ قَبْلَهُ أَوْ يَأْذَنَ لَهُ الْخَاطِبُ

Maksudnya:” Nabi saw melarang berjual beli di atas jualan sebahagian dari kamu dan (Nabi juga melarang) seorang lelaki meminang tunangan saudaranya sehinggalah dia meninggalkan tunangannya ataupun diizinkan oleh saudaranya (untuk meminang perempuan tersebut).”[5]

Al-Khatib al-Syaribini menyatakan larangan tersebut dikeluarkan adalah kerana perbuatan tersebut merupakan sesuatu yang boleh menyakitkan orang lain.[6]

Adapun adat-adat kebiasaan seperti bertukar cincin, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain adalah merupakan adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam. Ia hanya sebagai simbolik dan tanda keseriusan untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri.  Selagi mana adat tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus. Perkara tersebut juga perlulah dipersetujui bersama dan ia perlulah diikuti serta beriltizam dengannya. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya:” Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.”[7]

Namun, perkara yang perlu difahami dan diteliti, pertunangan bukanlah lesen untuk bergaul secara bebas. Perlakuan seperti keluar berdua ke kompleks membeli belah, makan bersama-sama dan lain adalah sama sekali dilarang. Ini kerana lelaki dan perempuan yang bertunang masih lagi dianggap sebagai orang asing.  Apatah lagi duduk berdua-duaan di dalam tempat yang sunyi. Ini berdasarkan sabdaan Nabi SAW:

وَلاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ, فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

Maksudnya: “Janganlah seorang lelaki berkhalwat (duduk berduaan) dengan seorang perempuan kerana pihak yang ketiga adalah syaitan.”

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang benar dalam memahami agama ini.

Wallahu’alam.

Bertarikh: 8 Februari 2022 bersamaan 6 Rejab 1443H

 

[1] Lihat https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tunang

[2] Surah al-Baqarah: 235

[3] Lihat Mughni al-Muhtaj, 3/135

[4] Lihat al-Tafsir al-Munir, 2/376

[5] Riwayat al-Bukhari (5142)

[6] Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/159

[7] Riwayat al-Bukhari secara muallaq sebelum hadith (2274), Abu Dawud (3594), al-Daruqutni (3/27), dan al-Hakim (2309).

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search