#15 Kemiripan Rupa Nabi Ibrahim AS dan Rasulullah SAW

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

RM5.00
-50%
RM60.00
-60%
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

RM6.00

Soalan

Adakah benar rupa Nabi Ibrahim AS menyerupai Nabi Muhammad SAW?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Nabi Ibrahim  merupakan Rasul yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai Rasul yang segera melaksanakan perintah Allah SWT tanpa ada keraguan. Firman Allah SWT :

وَإِذِ ٱبْتَلَىٰٓ إِبْرَٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَـٰتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا

Maksudnya : ““Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia[1]

Hadith Nabi Ibrahim AS mirip Rasulullah SAW

Terdapat hadith Isra’ Mikraj yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي: “رَأَيْتُ مُوسَى: وَإِذَا هُوَ رَجُلٌ ضَرْبٌ رَجِلٌ، كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ، وَرَأَيْتُ عِيسَى، فَإِذَا هُوَ رَجُلٌ رَبْعَةٌ أَحْمَرُ، كَأَنَّمَا خَرَجَ مِنْ دِيمَاسٍ، وَأَنَا أَشْبَهُ وَلَدِ إِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهِ، ثُمَّ أُتِيتُ بِإِنَاءَيْنِ: فِي أَحَدِهِمَا لَبَنٌ وَفِي الآخَرِ خَمْرٌ، فَقَالَ: اشْرَبْ أَيَّهُمَا شِئْتَ، فَأَخَذْتُ اللَّبَنَ فَشَرِبْتُهُ، فَقِيلَ: أَخَذْتَ الفِطْرَةَ أَمَا إِنَّكَ لَوْ أَخَذْتَ الخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ”

Maksudnya: “Pada malam aku diperjalankan (dalam peristiwa Isra’), aku melihat Nabi Musa dan ternyata Baginda adalah seorang lelaki yang memiliki tubuh yang sederhana dan berambut ikal mayang, seolah-olah dia ialah lelaki dari Syanu‘ah (satu perkampungan di Yaman). Dan aku melihat Nabi Isa dan ternyata Baginda seorang yang memiliki ketinggian yang sederhana dan kulitnya putih kemerahan seolah-olah keluar dari bilik mandi. Manakala aku merupakan anak keturunan Nabi Ibrahim AS yang paling menyerupainya. Kemudian diberikan kepadaku dua bekas air, pada salah satunya terdapat susu dan pada bekas yang lain pula berisi arak. Jibril berkata: “Minumlah mana-mana antara keduanya yang engkau sukai.” Aku pun mengambil susu dan meminumnya. Setelah itu dikatakan: “Engkau telah mengambil fitrah. Ketahuilah, jika engkau mengambil arak pasti umatmu akan sesat.”[2]

Badr al-Din al-Aini di dalam syarahnya untuk Sahih Bukhari menyatakan: Rasulullah SAW menyatakan bahawa baginda daripada keturunan Nabi Ibrahim AS yang hampir sama wajahnya dengan Nabi Ibrahim AS. Di sini terdapat tiga perumpamaan, semuanya untuk menjelaskan. tetapi yang pertama hanyalah untuk menjelaskan semata-mata, dan yang terakhir adalah menjelaskan sambil meletakkan perumpamaan tersebut dengan kedudukan memuji.[3]

Begitu juga hadith riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَقَدْ رَأَيْتُنِي فِي الْحِجْرِ. وَقُرَيْشٌ تَسْأَلُنِي عَنْ مَسْرَايَ. فَسَأَلَتْنِي عَنْ أَشْيَاءَ مِنْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَمْ أُثْبِتْهَا. فَكُرِبْتُ كُرْبَةً مَا كُرِبْتُ مِثْلَهُ قَطُّ. قَالَ فَرَفَعَهُ اللَّهُ لِي أَنْظُرُ إِلَيْهِ. مَا يَسْأَلُونِي عَنْ شَيْءٍ إِلَّا أَنْبَأْتُهُمْ بِهِ. وَقَدْ رَأَيْتُنِي فِي جَمَاعَةٍ مِنَ الأَنْبِيَاءِ. فَإِذَا مُوسَى قَائِمٌ يُصَلِّي. فَإِذَا رَجُلٌ ضَرْبٌ جَعْدٌ كَأَنَّهُ مِنَ رِجَالِ شَنُوءَةَ. وَإِذَا عيسى بن مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلَام قَائِمٌ يُصَلِّي. أَقْرَبُ النَّاسِ بِهِ شَبَهًا عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ الثَّقَفِيُّ. وَإِذَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَام قَائِمٌ يُصَلِّي. أَشْبَهُ النَّاسِ بِهِ صَاحِبُكُمْ (يَعْنِي نَفْسَهُ) فَحَانَتِ الصَّلَاةُ فَأَمَمْتُهُمْ.

Maksudnya:Kamu telah melihat keadaanku di Hajar al-Aswad atau di Kaabah ketika kaum Quraisy bertanya tentang perjalanan Isra’ku? Mereka bertanya sesuatu tentang Bait al-Maqdis yang mana aku tidak mengetahuinya. Kemudian aku dilanda kesedihan yang amat kerana tidak dapat menjawab pertanyaan mereka. Kemudian Allah memperlihatkan kepadaku apa yang mereka tanyakan dengan jelas sehingga aku boleh menjawab apa yang mereka tanyakan itu. Antara yang aku lihat ialah sekumpulan para nabi, antaranya Musa AS yang sedang solat, rambutnya kerinting seperti orang daripada Bani Syanu’ah, juga aku melihat Isa bin Maryam AS juga sedang solat, wajahnya seperti Urwah bin Mas’ud al-Thaqafi, juga aku melihat Nabi Ibrahim AS yang juga sedang solat, wajahnya serupa diriku ini. Apabila tiba waktu solat, aku mengimami mereka semua.[4]

Sifat Fizikal Rasulullah SAW

Ummu Ma’bad al-Khuza’iyyah menyifatkan Rasulullah SAW kepada suaminya, tatkala Baginda SAW singgah di khemah mereka dalam perjalanan hijrahnya, dengan katanya:

رَأَيْتُ رَجُلا ظَاهِرَ الْوَضَاءَةِ، أَبْلَجَ الْوَجْهِ، لَمْ تَعِبْهُ نُحْلَةٌ، وَلَمْ تُزْرِ بِهِ صُقْلَةٌ، وَسِيمٌ قَسِيمٌ، فِي عَيْنِهِ دَعَجٌ، وَفِي أَشْفَارِهِ وَطَفٌ، وَفِي صَوْتِهِ صَهَلٌ، وَفِي عُنُقِهِ سَطَعٌ، وَفِي لِحْيَتِهِ كَثَاثَةٌ، أَزَجُّ أَقْرَنُ، إِنْ صَمَتَ فَعَلَيْهِ الْوَقَارُ، وَإِنْ تَكَلَّمَ سَمَا وَعَلاهُ الْبَهَاءُ، أَجْمَلُ النَّاسِ وَأبْهَاهُ مِنْ بَعِيدٍ، وَأَجْلاهُ وَأَحْسَنُهُ مِنْ قَرِيبٍ، حُلْوُ المَنْطِقِ، فَصْلٌ لَا نَزْرٌ وَلا هَذَرٌ، كَأَنَّ مَنْطِقَهُ خَرَزَاتُ نَظْمٍ يَتَحَدَّرْنَ، رَبْعَةٌ لَا يَأْسَ مِنْ طُولٍ، وَلا تَقْتَحِمُهُ عَيْنٌ مِنْ قِصَرٍ، غُصْنٌ بَيْنَ غُصْنَيْنِ، فَهُوَ أَنْضَرُ الثَّلاثَةِ مَنْظَرًا، وَأَحْسَنُهُمْ قَدْرًا، لَهُ رُفَقَاءُ يَحُفُّونَ بِهِ، إنْ قَالَ: أَنْصَتُوا لِقَوْلِهِ، وَإِنْ أَمَرَ تَبَادَرُوا لأَمْرِهِ، مَحْشُودٌ مَحْفُودٌ، لَا عَابِسٌ وَلا مُفَنَّدٌ

Maksudnya: “Aku telah melihat seorang yang ketara keseriannya, putih wajahnya, baik akhlaknya, tidak merasai beban oleh badan yang besar, tidak boleh diperlekehkan kerana kepala yang kecil, indah rupa paras dan menarik perhatian, luas dan tampak jelas mata putih dan mata hitamnya, rambutnya lebat, suaranya serak-serak basah, lehernya jinjang, mata hitamnya sangat ketara, tampak urat lengannya, alisnya nipis, keningnya bersambung, rambutnya sangat hitam, kalau dia diam, nampak nyata kehebatannya dan kalau dia berbicara, nampak nyata keterampilannya, manusia paling menawan dan paling menarik jika dipandang dari jauh, paling cantik dan manis dari dekat, kata-katanya manis, kesegakannya memadai dengan selapis pakaian sahaja, tidak bertutur perkataan yang sia-sia dan mengarut, tutur katanya bagaikan jalinan batu permata yang keluar, sederhana ketinggiannya, untuk memandangnya, tak perlu menunduk dan tak perlu mendongak, bagaikan satu ranting di antara dua ranting, kalau dia bertiga, maka dialah yang paling menarik perhatian dan paling mendapat tempat, dia mempunyai teman-teman yang mengelilinginya, kalau dia berkata sesuatu, mereka khusyuk mendengar kata-katanya, kalau dia menyuruh sesuatu, segera mereka melaksanakannya, dia sentiasa dipatuhi dan dikerumuni, tidak bermasam muka dan tidak memperlekehkan orang.”[5]

Ali bin Abu Talib RA menyifatkan Rasulullah SAW dengan katanya:

لَيْسَ بِالطَّوِيلِ الْمُمَّغِطِ» وَلَا بِالْقَصِيرِ الْمُتَرَدِّدِ، وَكَانَ رَبْعَةً مِنَ الْقَوْمِ، وَلَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ وَلَا بِالسَّبْطِ، كَانَ جَعْدًا رَجِلًا، وَلَمْ يَكُنْ بِالْمُطَهَّمِ وَلَا بِالْمُكَلْثَمِ، وَكَانَ فِي الْوَجْهِ تَدْوِيرٌ، أَبْيَضُ مُشْرَبٌ، أَدْعَجَ الْعَيْنَيْنِ، أَهْدَبَ الْأَشْفَارِ، جَلِيلَ الْمُشَاشِ وَالْكَتَدِ، أَجْرَدَ ذُو مَسْرُبَةٍ، شَثْنَ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ، إِذَا مَشَى تَقَلَّعَ، كَأَنَّمَا يَمْشِي فِي صَبَبٍ، وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ مَعًا، بَيْنَ كَتِفَيْهِ خَاتَمُ النُّبُوَّةِ، وَهُوَ خَاتَمُ النَّبِيِّينَ، أَجْوَدُ النَّاسِ صَدْرًا، وَأَصْدَقُ النَّاسِ لَهْجَةً، وَأَلْيَنُهُمْ عَرِيكَةً، وَأَكْرَمُهُمْ عِشْرَةً، مَنْ رَآهُ بَدِيهَةً هَابَهُ، وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرِفَةً أَحَبَّهُ، يَقُولُ نَاعِتُهُ: لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلَا بَعْدَهُ مِثْلَهُ

Maksudnya:Tidak terlalu tinggi melayup dan tidak terlalu rendah, ketinggiannya sederhana di kalangan orang lain, rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, tetapi antara keduanya tidak bermuka cengkung dan tidak tembam. Mukanya bulat dan putih kemerahan, rambutnya lebat, sendi-sendinya tampak jelas, tidak banyak bulu di badan kecuali pada anggota tertentu, badannya tidak dipenuhi bulu, tapak tangan dan kakinya tebal, kalau dia berjalan, maka diangkat kakinya tanpa menyeret ke bumi, bagaikan sedang berjalan di tanah yang cerun, kalau dia berpaling, maka dipalingkan berserta badannya, antara dua belikatnya, ada cap kenabian yang menunjukkan Baginda SAW penyudah segala nabi, memiliki tapak tangan yang paling lapang (boleh juga diertikan sebagai pemurah), dan dada yang sangat bidang (atau diertikan dengan berlapang dada–berdasarkan huraian ulama hadis penterjemah), paling benar sebutan dan percakapannya, paling mengotakan perjanjian, manusia paling lembut perangainya, paling mulia pergaulannya, siapa yang melihatnya sekali, lalu terasa kehebatannya dan siapa yang benar-benar bergaul dengannya, akan mencintainya. Ada seorang yang menyifatkannya dengan berkata: “Tidak pernah aku lihat sebelum dan selepasnya orang yang sepertinya, Muhammad SAW.”[6]

Berdasarkan nas di atas, sifat fizikal Rasulullah SAW seperti berikut:

  • Gambaran warna kulit: Rasulullah SAW dikatakan berkulit putih dan juga putih kemerahan. Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW berkulit putih seolah-olah terbentuk daripada perak.
  • Gambaran bentuk fizikal: Badan yang sesuai dan menarik. Begitu tampan sama ada ketinggian atau segaknya.
  • Gambaran rupa paras baginda: Dikatakan bahawa Rasulullah SAW seorang yang tampan, sederhana fizikalnya dan menarik perhatian.
  • Gambaran sifat mata baginda: Dikatakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai mata yang jelas putihnya dan hitamnya. Di samping itu matanya lebar di mana belahan matanya panjang. Dikatakan alisnya nipis dan lentik serta keningnya bersambung. Baginda SAW banyak memandang ke bawah, menunduk kepala dan menatap bumi lebih lama dari memandang langit.
  • Gambaran sifat rambut baginda: Rasulullah SAW mempunyai rambut yang lebat dan dibelah dua serta menyelusur ke belakang sampai ke bahunya di mana sifat rambutnya ikal mayang. Menurut Anas bin Malik RA, rambut Baginda SAW tidak kerinting dan tidak lurus.
  • Gambaran dahi baginda: Dikatakan Rasulullah SAW mempunyai dahi yang luas menunjukkan watak kecerdikan dan pemikir yang unggul.
  • Gambaran muka baginda: Dikatakan muka Rasulullah SAW yang bersifat bulat dan penuh. Tidak cengkung atau tembam dan raut wajahnya seolah-olah memikirkan sesuatu dan banyak berdiam. Apa yang dikiaskan oleh Hindun bahawa wajah Baginda SAW cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari.
  • Gambaran mulut baginda: Mengikut riwayat Jabir bin Samurah RA bahawa Rasulullah SAW mempunyai mulut yang lebar. Bila ditanya kepada Sammak maksud mulut lebar, jawabnya: Bentuk mulutnya besar, seimbang dengan bentuk wajahnya.
  • Gambaran gigi baginda: Putih berseri dan bersifat jarang di hadapan serta sentiasa bersugi.
  • Suara Baginda SAW. Dikatakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai suara yang serak basah dan percakapannya mudah difahami.
  • Gambaran bentuk lehernya: Dikatakan Rasulullah SAW mempunyai leher yang jenjang. Daripada pangkal leher sampai ke pusat bulu yang tebal tumbuh seperti garisan.
  • Gambaran dada dan perut baginda: Dikatakan dadanya bidang dan pada dadanya terdapat bulu yang lebat. Dadanya sama tinggi dengan perutnya yang melambangkan bukan obesiti. Badannya tidak dipenuhi bulu.
  • Tanda khatamul nubuwah: Antara dua belikatnya ada cop (tanda) kenabian.
  • Gambaran tapak tangan dan kaki baginda tebal: Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya. Dikatakan sebagai bekas tapak kaki Baginda SAW.
  • Cara Rasulullah SAW berjalan: Apabila Rasulullah SAW berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda SAW melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang serta tawaduk. Jika Baginda SAW berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda SAW sedang turun ke tempat yang rendah.[7]

Al-Qadhi Iyyad dalam al-Syifa’ menyebut: “Baginda SAW seorang yang tabah dan cekal, seorang yang pemaaf walaupun berupaya membalas, sabar menghadapi segala yang tidak disenanginya. Ianya adalah sifat-sifat luhur yang dengan sifat itu Allah SWT mendidiknya. Semua orang yang tabah, sebelumnya pernah diketahui ada kegelinciran dan pernah terbabas daripada tindakan yang betul. Akan tetapi, Rasulullah SAW tidak begitu. Semakin bertambah gangguan dan penyakit, maka semakin bertambahlah kesabarannya. Sikap orang jahil yang keterlaluan terhadapnya hanya lebih menambahkan ketabahannya.[8]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, sebagaimana yang Rasulullah SAW sendiri menyebutkan di dalam hadith Isra’ Mikraj, bahawa rupa baginda SAW merupakan daripada keturunan Nabi Ibrahim AS yang rupanya hampir sama dengan Nabi Ibrahim AS. Justeru,  kami nyatakan bahawa rupa Nabi Ibrahim AS adalah hampir menyerupai rupa Rasulullah SAW. Bahkan terdapat juga para sahabat dan keturunan Nabi SAW yang rupa mereka juga hampir menyerupai Nabi SAW yang akan kami kemukakan di dalam artikel yang akan datang.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini serta menjadikan kita orang yang sentiasa mencontohi dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW daripada semua aspek kehidupan. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 9 Februari 2022 bersamaan 7 Rejab 1443H

 

[1] Surah Al-Baqarah : 124

[2] Riwayat al-Bukhari (3394)

[3] Lihat Umdah al-Qari, 15/292

[4] Riwayat Muslim (172)

[5] Riwayat al-Tabrani di dalam Mu’jam al-Kabir (3605), al-Ajurri di dalam al-Syariah (1020), al-Hakim (9/3), Abu Nu’aim di dalam Makrifah al-Sahabah (2266, 2265) dan al-Baihaqi dalam al-Dalail (1/276-280). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij Syarh al-Sunnah (3703) menyatakan hadith ini hasan qawiy

[6] Riwayat al-Tirmidizi (3638). Imam al-Tirmidzi menyatakan hadith ini Hasan Gharib dan sanadnya tidak bersambung.

[7] Lihat Makrifah Rasulullah SAW oleh Dr. Zulkifli al-Bakri, hlm. 26-29

[8] Ibid, hlm. 29

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *