#155 Meletakkan Sutrah untuk Solat

Siri Solat Sunat

Solat Tawaf

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Wuduk

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Nikah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-73%

Siri Solat Sunat

9 eBook Siri Solat Sunat

Rated 0 out of 5
RM12.00RM62.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Taubat

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tasbih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Apa yang dimaksudkan dengan sutrah? Dan apa hukum meletakkannya ketika ingin melakukan solat. Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Sutrah dari segi bahasa bahawa bermaksud apa sahaja yang dapat menghalangi.[1] Dalam istilah ilmu fiqh, sutrah bermaksud segala sesuatu yang tertegak di hadapan orang yang sedang solat. Ia sama ada dalam bentuk tongkat, tanah yang disusun, atau yang sepertinya bagi mencegah orang melintas di hadapannya.[2]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيُصَلِّ إِلَى سُتْرَةٍ ، وَلْيَدْنُ مِنْهَا ، وَلَا يَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ ، فَإِنْ جَاءَ أَحَدٌ يَمُرُّ ، فَلْيُقَاتِلْهُ ، فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ

Maksudnya“Apabila salah seorang daripada kamu mendirikan solat. Hendaklah dia solat ke arah sutrah, dan mendekatkan dirinya kepada sutrah tersebut. Janganlah dia biarkan seorang pun melintasi di hadapannya. Seandainya ada datang seseorang melintasi di hadapannya, hendaklah dia memerangi orang tersebut. Sesungguhnya dia adalah syaitan.[3]

Pengarang kitab Fiqh al-Manhaji (1/392-393) menyebut:

“Sekatan (سُترَةٌ) adalah sebagai tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya, seperti dinding, tiang, tongkat atau menghamparkan sejadah dan sebagainya. Jika tidak didapati apa-apa pun buatlah tanda garisan sahaja.

Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّى إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى السَّفَرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (حَربَةٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.”[4]

Sementara cara yang afdhal pula ialah meletakkan sekatan berhampiran dengan tempat sujud.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Sahal bin Sa’ad RA, katanya:

كَانَ بَيْنَ مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الْجِدَارِ مَمَرُّ الشَّاةِ

Maksudnya: “Jarak di antara tempat sujud Rasulullah SAW dan dinding ialah seluas laluan kambing.”[5]

Dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie juga ada ditambah bahawa haram bagi seseorang untuk lalu di hadapan orang yang bersolat sedangkan dihadapannya sudah ditandakan dengan sutrah, berdasarkan hadis Abu al-Juhaim al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Maksudnya: Kalaulah seseorang itu tahu dosa yang dikenakan ke atasnya akibat berjalan di hadapan orang yang solat, nescaya kalau dia berdiri selama 40 (tempoh tertentu), lagi baik daripada dia berjalan di hadapan orang yang solat.[6]

Berkata Abu al-Nadr, salah seorang perawi hadis ini: “Aku tidak pasti sama ada baginda bersabda 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”

Sunat hukumnya bagi orang yang bersolat dengan sutrah kemudian ada orang yang lalu dihadapannya dia tahan menggunakan tangannya. Ini berdasarkan hadis Abu Said al-Khudri RA, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَلْيَدْفَعْ فِي نَحْرِهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kalian bersolat dalam keadaan mengadap sutrah yang boleh menghalangi manusia, lalu ada orang yang ingin melintasi hadapannya, hendaklah dia menahannya. Dan jika dia enggan juga, hendaklah dia diperangi (yakni ditolak dengan keras) kerana dia adalah syaitan (yakni bersamanya syaitan).”[7]

Adapun seseorang yang tidak meletakkan sutrah di hadapan, maka dia tidak berhak untuk menghadang orang lain daripada melintasi hadapannya kerana dia sudah mencuaikan haknya dengan meninggalkan memasang sutrah.[8] Begitu juga sutrah bagi imam adalah sutrah bagi makmum.[9] Justeru, dalam keadaan yang terdesak seperti terbatalnya wuduk ketika dan terpaksa melalui di hadapan makmum lain dalam solat untuk mengambil wuduk semula, sedangkan tiada jalan lain, maka boleh lalu dan tidak boleh dihalang oleh makmum lain.

Semoga Allah berikan kita ilmu untuk melaksanakan amal ibadah dengan sempurna.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 8/12/2021 bersamaan 4 Jamadil Awal 1443H

 

[1] Lihat al-Qamus al-Muhith

[2] Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 3/176-177

[3] Riwayat Ibn Majah (1007)

[4] Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)

[5] Riwayat al-Bukhari (474) dan Muslim (508)

[6] Riwayat al-Bukhari (510)

[7] Riwayat Muslim (505)

[8] Lihat al-Mu’tamad, 1/222-223

[9] Lihat I`anah al-Talibin, 1/221 dan Bughyah al-Mustarsyidin, 1/112

Leave a Reply

Your email address will not be published.