#17 Siapakah Muhammad Ibn al-Hanafiyyah?

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

RM5.00
-50%
RM60.00
-60%
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

RM6.00

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Siapakah Muhammad Ibn al-Hanafiyyah. Saya dengar beliau ialah anak kepada Saidina Ali R.A, benarkah? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Bagi menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan menerangkan serba sedikit biodata beliau terlebih dahulu. Muhammad Ibn al-Hanafiyyah merupakan salah seorang perawi dalam kitab Sahih al-Bukhari. Beliau ialah Abu al-Qasim dan Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ali bin Abu Talib ‘Abd Manaf bin ‘Abd al-Muttalib Syaibah bin Hasyim ‘Amr bin ‘Abd Manaf bin Qusai bin Kilab al-Qurasyi, al-Hasyimi al-Madani. Beliau merupakan saudara lelaki kepada al-Hasan dan al-Husain. Ibunya pula daripada tawanan perang al-Yamamah pada zaman Abu Bakar al-Siddiq yang bernama Khaulah binti Ja‘far al-Hanafiyyah.

Beliau dilahirkan pada tahun wafatnya Abu Bakar al-Siddiq. Namun, terdapat pendapat menyebutkan bahawa beliau dilahirkan semasa pemerintahan Umar bin al-Khattab R.A. Beliau sempat melihat — yakni bertemu — Umar R.A dan mengambil ilmu daripadanya. Diceritakan bahawa suatu hari ketika beliau masih lagi kecil, beliau sedang bermain di rumah saudara perempuannya, Ummu Kalthum. Lalu Umar R.A masuk menemuinya dan memberinya manisan. Oleh sebab itu, ahli hadith menyebutkan dalam biodata Ibn al-Hanafiyyah bahawa beliau melihat Umar bin al-Khattab kerana ini adalah sebagai kinayah isyarat bahawa umurnya masih lagi kecil ketika itu, tetapi sudah matang dan mampu membezakan yang baik dan buruk — yakni tamyiz.

Selain itu, beliau juga meriwayatkan hadith daripada bapanya iaitu Ali, Abu Hurairah, Uthman, ‘Ammar bin Yasir, Mu‘awiyah dan lain-lain dalam kalangan sahabat R.Anhum. Begitu juga terdapat ramai dalam kalangan ulama yang mengambil ilmu daripadanya. Di antaranya ialah anak-anaknya sendiri iaitu Abdullah, al-Hasan, Ibrahim dan ‘Aun, Salim bin Abu al-Ja‘d, Munzir al-Thauri, Abu Ja‘far al-Baqir, Abdullah bin Muhammad bin ‘Uqail, ‘Amr bin Dinar, Muhammad bin Qais bin Makhramah, ‘Abd al-A‘la bin ‘Amir al-Tha‘labi dan ramai lagi.

Beliau juga pernah mengunjungi Mu‘awiyah dan ‘Abd al-Malik bin Marwan. Abu ‘Asim al-Nabil menyebutkan bahawa Muhammad bin Ali pernah menjatuhkan Marwan dalam peperangan al-Jamal, lalu duduk di atas dadanya. Ketika mana beliau mengunjungi ‘Abd al-Malik, beliau bertanya kepada Ibn al-Hanafiyyah: “Adakah engkau masih ingat hari di mana engkau duduk atas dada Marwan?” Beliau menjawab: “Maaf, Amirul Mukminin.” ‘Abd Malik berkata: “Demi Allah, tidaklah aku sebutkannya kepada engkau. Aku ingin memberi engkau ganjaran tetapi aku hendak engkau tahu bahawasanya aku juga tahu — yakni akan perkara tersebut.”

Daripada ‘Abd al-A‘la bahawa Muhammad bin Ali diberi nama julukan sebagai Abu al-Qasim, beliau seorang yang warak dan alim — banyak ilmunya. Menurut Abu Nu‘aim al-Mula’i, beliau meninggal dunia pada tahun 80H. Ini juga merupakan pendapat Ibn Abi Syaibah. Namun, menurut al-Waqidi, Zaid bin al-Sa’ib mengkhabarkan kepada kami, katanya: “Aku bertanya kepada Abdullah bin Ibn al-Hanafiyyah, di manakah bapa engkau dikebumikan?” Beliau menjawab: “Di Baqi‘ pada tahun 81H di bulan al-Muharram, pada usia 65 tahun. Pendapat yang sama turut disebutkan oleh Yahya bin Bukair. Selain itu, terdapat juga pendapat lain dalam kalangan ulama yang menyatakan bahawa beliau meninggal dunia pada tahun 81H, ketika berusia 62 tahun sepertimana yang dinukilkan daripada ‘Amr bin Ali. Begitu juga ada dalam kalangan ulama yang berpendapat, beliau meninggal dunia pada tahun 72H atau 73H, dan ada juga yang berpendapat pada bulan Rabi‘ul Awal, tahun 81H ketika berusia 65 tahun.[1]

Justeru, Muhammad Ibn al-Hanafiyyah sememangnya adalah anak kepada Saidina Ali R.A dan merupakan salah seorang perawi dalam Sahih al-Bukhari. Dikatakan bahawa beliau lebih dikenali sebagai Muhammad Ibn al-Hanafiyyah berbanding namanya sebagai Muhammad bin Ali adalah kerana untuk membezakan jalur nasabnya dengan adik-beradiknya yang lain iaitu al-Hasan dan al-Husain yang berasal daripada Fatimah R.Anha. Namun ada juga yang berpendapat beliau lebih dikenali dengan nama sedemikian — yakni dikaitkan dengan ibunya iaitu al-Hanafiyyah — adalah bagi membezakannya dengan Muhammad bin Ali yang lain.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 16 Februari 2022 bersamaan 14 Rejab 1443H

[1] Lihat Siyar A‘lam al-Nubala’, 4/110-128;  Rijal Sahih al-Bukhari, 2/667-668; Lihat juga https://journals.ju.edu.jo/DirasatHum/article/viewFile/6491/5058. Diakses pada 15 Februari 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *