#209 Wakaf Harta Intelek

Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00

Siri Solat Sunat

Solat Musafir

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Adakah dibolehkan untuk mewakafkan harta intelek seperti hak cipta terpelihara, design dan yang lain-lain?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Mewakafkan harta adalah antara amalan yang amat dituntut di dalam Islam. Ini kerana, ganjaran pahala yang berterusan akan diperolehi bagi mereka yang melakukan amalan tersebut ikhlas kerana Allah SWT. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”[1]

Dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim, Imam Ibn Kathir ada menyatakan satu kisah berkaitan Abu Talhah RA yang mewakafkan satu telaga yang paling disukainya demi mendapat reda Allah SWT dan RasulNya.[2]

Dalam satu hadith Anas bin Malik R.A, diceritakan bahawa Abu Talhah merupakan seorang sahabat Ansar yang memiliki kebun kurma yang paling banyak di Madinah. Antara kebun kurma yang paling disayanginya adalah yang terletak di Bairuha’. Apabila Allah SWT mewahyukan ayat tersebut, lantas Abu Talhah terus berkata kepada Rasulullah SAW: “…Sesungguhnya antara harta-harta yang saya paling sayangi adalah kebun Bairuha’; Harta itu saya sedekahkan untuk Allah dan saya mengharap balasan kebaikan dan simpanan (pahala) di sisi Allah. Ya Rasulullah, silakan apa yang akan anda lakukan menurut petunjuk Allah kepadamu (terhadap kebun itu)…”

Lalu Rasulullah SAW bersabda:

بَخٍ، ذَلِكَ مَالٌ رَابِحٌ، ذَلِكَ مَالٌ رَابِحٌ، وَقَدْ سَمِعْتُ مَا قُلْتَ، وَإِنِّي أَرَى أَنْ تَجْعَلَهَا فِي الأَقْرَبِينَ

Maksudnya: “Wah, itu adalah harta yang menguntungkan (mendatangkan pahala untukmu), itu adalah harta yang menguntungkan (mendatangkan pahala untukmu). Aku telah mendengar apa yang engkau katakan tentangnya, dan sesungguhnya aku berpendapat agar engkau menjadikannya (memberikannya) buat kaum kerabatmu.”[3]

Setelah itu, Abu Talhah pun menyedekahkan harta tersebut kepada keluarganya. Kata perawi: “Antara mereka ialah Ubay dan Hassan.”

Harta Intelek bermaksud apa-apa yang berkaitan dengan hakcipta, paten, rekabentuk perindustrian, disk optik dan cap dagangan[4]

Jenis-jenis Harta Intelek[5]:

  • REKABENTUK INDUSTRI: Reka bentuk perindustrian adalah aspek hiasan atau estetik sesuatu artikel. Reka bentuk boleh terdiri daripada tiga dimensi ciri seperti bentuk dan konfigurasi artikel, atau ciri dua dimensi, seperti corak dan hiasan. Ciri-ciri reka bentuk mesti diterapkan pada sesuatu artikel oleh mana-mana proses perindustrian di mana artikel yang tersiap tu menarik perhatian.
  • TANDA DAGANG: Tanda perdagangan adalah tanda yang membezakan barangan dan perkhidmatan dari seorang peniaga dari yang lain. Tanda merangkumi perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau gabungan yang disebutkan tadi.
  • PATEN: Paten adalah hak eksklusif yang diberikan untuk ciptaan, iaitu produk atau proses yang secara umumnya menyediakan kaedah yang baru untuk melakukan sesuatu, atau menawarkan penyelesaian teknikal baru kepada sesuatu permasalahan.
  • PETUNJUK GEOGRAFI: Petunjuk geografi (GI) adalah tanda yang digunakan pada produk yang mempunyai asal geografi tertentu dan memiliki sifat atau reputasi yang disebabkan oleh asal itu.
  • HAKCIPTA: Hak cipta adalah perlindungan yang diberikan kepada pengarang, pemilik hak cipta dan pelaku karya dan persembahan hak cipta sebagaimana ditetapkan di bawah Akta Hak Cipta 1987.
  • REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU: Reka bentuk susun atur litar bersepadu adalah pelupusan tiga dimensi elemen litar bersepadu dan beberapa atau semua saling litar bersepadu atau pelupusan tiga dimensi yang disediakan untuk litar bersepadu yang ditujukan untuk pembuatan.

Harta-harta seperti ini dikira bernilai disisi hukum syarak. Maka hukum untuk mewakafkan harta intelek seperti ini adalah DIBOLEHKAN DAN DIGALAKKAN demi maslahah dan kemajuan umat Islam.

Di sini kami nyatakan juga fatwa-fatwa yang terdahulu yang berkaitan dengan isu harta intelek :

Menurut keputusan persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami yang Kelima tahun 1409H/ 1988M. Perbincangan tentang al-Huquq al-Ma’nawiyyah, Harta intelek seperti yang dinyatakan di atas mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri dan diakui orang sebagai satu bentuk kekayaan. Justeru harta-harta seperti ini dikira sebagai hak khusus kepada pemiliknya. Oleh kerana itu, hak-hak seperti itu tidak boleh dilanggar. [6]

Pendapat ulama’ berkenaan harta intelek :

Dr. Fathi al-Duraini menyatakan: Majoriti ulama’ mazhab Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat bahawa hak cipta atas ciptaan yang sebenar dan bermanfaat adalah termasuk dalam harta yang berharga sepertimana benda yang boleh dimanfaatkan secara Syarak (hukum Islam).[7]

Syeikh Wahbah al-Zuhaili menyatakan: Harta intelek seperti karyaan buku adalah sesuatu yang dilindungi oleh syara. Justeru mencetak atau mengeluarakan mana-mana bahagian dari karyaan tersebut dikira sebagai satu perlanggaran atau kejahatan kepada pihak pengarang. Dalam bahasa mudah bahawa perbuatan tersebut adalah satu maksiat yang menimbulkan dosa kepada pelakunya yang membawa kepada keharusan ganti rugi terhadap hak pengarang. [8]

Kesimpulan

Dalam isu ini, kami berpandangan dibolehkan untuk mewakafkan harta intelek seperti yang telah dinyatakan. Hal ini kerana, amalan wakaf ini mampu untuk membangunkan sosio-ekonomi umat Islam pada hari ini kepada taraf yang lebih baik. Namun begitu, pihak pengurusan wakaf yang terbabit haruslah merangka dengan sebaiknya perjalanan wakaf harta intelek tersebut agar harta tersebut tidak disalah guna dan disia-siakan. Seterusnya, pihak kami amat menghargai amalan wakaf yang akan dilaksanakan ini dan mengharapkan sesuatu impak yang positif mampu dibawa dengan terlaksananya wakaf harta intelek tersebut.

Wallahua`lam.

Bertarikh 5 Januari 2022 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1443 H

 

[1] Surah Ali-Imran : 92

[2] Lihat Tafsir al-Quran ‘Azim, 1/496

[3] Riwayat al-Bukhari (2769)

[4] Lihat: https://www.myipo.gov.my/ms/kenali-myipo/

[5] Lihat: http://www.myipo.gov.my/

[6] Lihat: https://iifa-aifi.org/ar/1757.html

[7] Lihat Haqq al-Ibtikar fi al-Fiqh al-Islami al-Muqaran hlm. 20

[8] Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2862

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search