#248 Talak Kinayah

-33%
RM10.00RM20.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-71%
Ebook
Rated 0 out of 5
RM30.00
-60%

Kajian Ilmiah

Fiqh Banjir

Rated 0 out of 5
RM2.00
-57%
Rated 0 out of 5
RM60.00RM150.00
-33%
Rated 0 out of 5
RM10.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00
-25%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM25.00

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan talak kinayah? Hal ini kerana suami saya mengatakan kepada saya ketika saya masih mengandungkan anak kami dengan lafaz: “kita buat haluan masing-masing selepas kamu melahirkan anak ini ”. Adakah jatuh talak? Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Talak berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaksud pelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai, dan sebagainya oleh suami. [1]

Firman Allah SWT :

ٱلطَّلَـٰقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌۢ بِإِحْسَـٰنٍ

Maksudnya:” Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”[2]

Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam syarahnya: Ayat ‘sesudah itu bolehlah ia memegang terus’ membawa makna rujuklah kembali bukan dengan niat untuk melukainya. Akan tetapi dengan niat untuk melakukan islah (tambah baik) dan bergaul dengan cara yang baik. Dan ayat ‘melepaskan dengan cara yang baik’ selepas berlaku 3 kali talak,maka berikanlah haknya.”[3]

Para ulama membahagikan talak dari segi kejelasan lafaz talak kepada dua, iaitu sorih yang bermakna jelas dan kinayah iaitu yang berkemungkinan membawa maksud talak atau tidak. Bagi lafaz sarih ada tiga perkataan yang jika disebutkan jatuhlah talak, Perkataan tersebut ialah cerai, pisah dan lepas.

Contoh lafaz sorih ialah ‘aku lepaskan engkau’ , ‘engkau tertalak’ atau ‘aku lepaskan engkau’. Jika lafaz-lafaz ini disebutkan oleh si suami maka jatuhlah talak bagi si isteri Contoh bagi lafaz kinayah pula ialah ‘pergilah ke ahli keluarga engkau’ , ‘jauhkan diri dari aku’ dan lain-lain lagi. Cumanya, lafaz kinayah ini memerlukan kepada niat si suami. Jika dia berniat mentalakkan maka jatuhlah talak.[4]

Imam al-Baijuri menyatakan :“Talak yang sarih tidak memerlukan kepada niat.Iaitu niat jatuhnya talak. Kerana tidak dihtimal kepada selain daripada talak.”[5]

Manakala lafaz kinayah adalah lafaz yang samar-samar. Sama ada jatuh atau tidak talak adalah bergantung kepada niat si suami.

Ibnu al-Qasim al-Ghazzi menyatakan: “Kinayah ialah setiap lafaz yang membawa makna talak ataupun selain daripada itu. Dan ianya memerlukan kepada niat. Jika berniat untuk menceraikan ketika melafazkan lafaz kinayah maka jatuhlah talak. Jika tidak, talak tidak jatuh.”[6]

Lafaz talak kiasan adalah semua lafaz yang membawa maksud talak dan maksud yang lain. Terdapat banyak lafaz talak secara kiasan, antaranya:

  • Engkau tiada apa-apa lagi denganku.
  • Engkau berasingan daripadaku.
  • Engkau terputus hubungan denganku.
  • Kembalilah kepada keluargamu.
  • Pergilah ke mana engkau mahu.
  • Pergi jauh daripadaku.
  • Asingkanlah diri daripadaku.
  • Aku biarkan kamu dengan caramu.
  • Engkau haram bagiku.

Semua lafaz ini dianggap sebagai lafaz kiasan yang menunjukkan talak kerana ia membawa maksud talak dan maksud yang lain.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.Anha katanya:

أَنَّ ابْنَةَ الْجَوْنِ لَمَّا أُدْخِلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدَنَا مِنْهَا قَالَتْ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ، فَقَالَ: لَقَدْ عُذْتِ بِعَظِيمٍ، الْحَقِي بِأَهْلِكِ

Maksudnya:Anak perempuan al-Jawn berkata ketika dia dibawa Rasulullah SAW dan Baginda mendekatinya: “Aku berlindung dengan Allah daripadamu.” Lalu, Rasulullah SAW bersabda: “Engkau berlindung dengan yang Maha Agung, maka kembalilah engkau kepada keluargamu.[7]

Hukum Lafaz yang Nyata dan Lafaz Kiasan

  • Penceraian dengan lafaz yang nyata menyebabkan jatuh talak sama ada berniat talak ataupun tidak. Ini kerana lafaz yang nyata dan maksud yang muktamad menunjukkan talak tidak perlu kepada niat ketika melafazkannya.
  • Lafaz talak kiasan walaupun selalu digunakan untuk maksud talak, seperti: “Engkau haram atasmu” tidak menyebabkan jatuh talak melainkan apabila suami bermaksud menceraikannya. Jika suami bermaksud yang lain selain talak atau bermaksud apa-apa pun, maka tidak jatuh.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ka’ab bin Malik RA katanya:

فإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَعْتَزِلَ امْرَأَتَهُ فَقَالَ أُطَلِّقُهَا أَمْ مَاذَا؟ قَالَ: بَلِ اعْتَزِلْهَا فلاَ تَقْرَبَنَّهَا. قَالَ: فَقُلْتُ لاِمْرَأَتِي: الْحَقِي بِأَهْلِكِ.

Maksudnya:Rasulullah SAW menyuruhmu mengasingkan diri daripada isterimu. Lalu, Ka’ab bertanya: “Adakah aku perlu menceraikannya atau bagaimana?” Rasulullah SAW menjawab: “Hendaklah kamu berasingan daripadanya dan jangan sesekali mendekatinya.” Lalu aku memberitahu isteriku: “Kembalilah kamu kepada keluargamu.[8]

Jika seseorang ingin mentalakkan isterinya pada masa akan datang, maka ianya dianggap sebagai satu janji (الوعد). Ia tidak langsung menjatuhkan talak selagi mana tidak diikat dengan perkara-perkara lain. Sebagai contoh, perkataan “jika engkau masuk dalam rumah maka jatuhlah talak”. Inilah yang dinyatakan oleh al-Baijuri di dalam hasyiahnya kepada syarah Ibn Qasim.

Dalam persoalan yang dikemukakan, lafaz kinayah ini berkemungkinan jatuh atau tidak adalah bergantung kepada niat si suami. Hal ini adalah berdasarkan apa yang berlaku Kaab bin Malik ketika mana beliau tidak menyertai perang Tabuk. Rasulullah SAW memerintahkan beliau untuk menjauhi isterinya. Lalu Ka’ab berkata :

أُطَلِّقُهَا أَمْ مَاذَا أَفْعَلُ

Maksudnya :” Adakah perlu aku menceraikannya atau bagaimana patut aku lakukan?”

Rasulullah SAW menjawab :

لَا بَلْ اعْتَزِلْهَا وَلَا تَقْرَبْهَا

Maksudnya :” Tidak perlu sampai begitu, hanya jauhi dia dan jangan dekatinya.”

Lalu Ka’ab mengkhabarkan perkara tersebut kepada sahabatnya yang tidak pergi ke perang Tabuk bersama beliau. Kemudian beliau (Ka’ab) berkata kepada isterinya :

الْحَقِي بِأَهْلِكِ

Maksudnya:Pergilah ke ahli keluarga engkau.”

Apabila Allah menerima taubatnya, beliau kembali ke isterinya. Tidak pula beliau diperintahkan untuk berakad dengan akad yang baru.[9]

Perkataan “Pergilah ke ahli keluarga engkau” menunjukkan bahawa talak tidak akan  jatuh menggunakan lafaz kinayah melainkan dengan niat.

Walaubagaimanapun, kami berpandangan untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah dan membuat permohonan pengesahan lafaz talak. Hal ini merupakan  satu usaha untuk membuktikan adakah si suami berniat untuk mentalakkan atau tidak.

Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik bagi kita memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh 6 Januari 2022 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1443H

 

[1] Lihat: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=talak

[2] Surah al-Baqarah :229

[3] Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/169

[4] Lihat al-Fiqh al-Minhaji,4/123

[5] Lihat Hasyiah al-Baijuri ‘ala Syarh Ibn al-Qasim ‘ala Matan Abu Syuja’, 2/263

[6] Lihat Syarh Ibnu al-Qasim ‘ala Matan Abi Syuja, 2/264

[7] Riwayat al-Bukhari (4955)

[8] Riwayat al-Bukhari (4156) dan Muslim (2769)

[9] Riwayat al-Bukhari (4419)

One thought on “#248 Talak Kinayah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search