#25 Asal Usul Nama Abyar Ali

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
Original price was: RM7.00.Current price is: RM5.00.
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
Original price was: RM9.00.Current price is: RM5.00.

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Original price was: RM120.00.Current price is: RM60.00.
-60%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM50.00.Current price is: RM20.00.

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM10.00

Soalan

Assalamualaikum. Saya pernah dengar miqat untuk ahli Madinah dikenali sebagai Bir Ali. Ada orang sebut Dzulhulaifah. Sebenarnya yang mana yang betul antara keduanya?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Ibn Abbas R.Anhuma pernah meriwayatakan hadith berkenaan dengan miqat, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَّتَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّأْمِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ هُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَمَنْ كَانَ دُونَ ذَلِكَ فَمِنْ حَيْثُ أَنْشَأَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ مِنْ مَكَّةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Dzulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarn al-Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Itulah miqat bagi mereka dan sesiapa yang melintasi Kawasan selain dari mereka untuk sesiapa yang mahu menunaikan haji dan umrah. Sesiapa yang selain dari itu, maka ia berihram dari tempatnya sehinggalah penduduk Mekah berniat ihram dari Mekah.”[1]

Kesemua miqat tersebut ialah miqat bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah, yang datang dari luar Makkah. Sementara mereka yang ingin mengerjakan umrah semasa berada di Makkah sama ada mereka penduduk Makkah atau orang asing, mereka wajib keluar dari Tanah haram untuk berihram umrah ke tanah halal yang terdekat walaupun selangkah.[2]

Dzulhulaifah merupakan salah satu miqat yang telah ditentukan oleh Nabi Muhammad SAW bagi sesiapa yang ingin menunaikan haji dan umrah. Masjid Dzulhulaifah terletak di sebelah barat Wadi ‘Aqiq, di wilayah Abyar Ali, dengan jarak 14 kilometer dari Masjid Nabawi.

Masjid ini dibina pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz memerintah Madinah (87-93 H). Kemudian ia dilakukan pengubahsuaian pada zaman Abbasiyah dan pengubahsuaian seterusnya dilakukan ketika pemerintahan Uthmaniyah, iaitu ketika pemerintahan Sultan Mehmed IV (1058-1099 H). Ketika itu, masjid masih berbentuk sangat kecil dan terbina daripada batu, dan belum ada jemaah haji dan umrah yang singgah di masjid ini. Kemudian Raja Fahd bin Abdul Aziz memerintahkan untuk mengubahsuai dan membangun serta melakukan perluasan masjid.

Masjid ini memiliki kubah yang tingginya 16 meter dari permukaan tanah. Masjid ini dapat menampung 5000 jemaah solat dalam satu-satu masa, dan ia mempunyai satu menara azan dengan ketinggian 62 meter.

Disebabkan jumlah jemaah haji dan umrah yang semakin meningkat, masjid ini telah diperluaskan beberapa kali dan dibina kemudahan yang diperlukan, sehinggalah masjid menjadi tempat persinggahan bagi para jemaah yang bermusafir. Masjid ini turut menyediakan ruangan untuk menggantikan kain ihram dan tempat wudhu’. Terdapat juga pasar yang menjual keperluan jemaah haji dan terletak di timur masjid. Di sebelah barat masjid terdapat tempat letak kereta dan kebun kurma yang luas. [3]

Masjid Bir Ali ini kelihatan seperti benteng yang dilengkapi dengan menara yang tinggi, berdinding tinggi dan menghadap ke sebuah bukit. Hasil daripada beberapa pengubahsuaian menjadikan masjid yang pada mulanya kecil dan sederhana berubah menjadi masjid megah dan indah. Hingga hari ini, Masjid Bir Ali berdiri di atas tanah lebih dari 60 ribu meter persegi. Keseluruhan luas masjid ini terdiri dari 26000 meter persegi (luas bangunan masjid) dan sekitar 34 ribu meter persegi luas taman dan tempat letak kereta.[4]

Hakikat Nama Abyar Ali

Berkenaan nama Abyar Ali, Dikatakan ada pendapat menisbahkan kepada Ali ibn Dinar. Iaitu Sultan di Darfur yang datang ke miqat ini pada tahun 1898 Masihi / 1315 H untuk melaksanakan ibadat haji dan mendapati suasana miqat kurang baik lalu dijadikan telaga-telaga bagi keperluan jemaah haji minum air daripadanya. Kemudian beliau membaiki masjid Dzulhulaifah. Atas asas ini dinisbahkan kepadanya.

Namun begitu, nisbah kepada pemerintah yang bernama Ali bin Dinar ini adalah tidak tepat. Hal ini kerana, merujuk kepada kitab-kitab yang terdahulu sudah disebut nama Abyar Ali atau Bir Ali.

  • Jamaluddin al-Matori (wafat 741 H) menyatakan: Kemudian Wadi Aqiq panjangnya sampai ke barat Bukit Eir, dan sampai ke Bir Ali Dzulhulaifah, iaitu tempat berihram untuk haji.[5]
  • Abd al-Qadir al-Jaziri (wafat 977 H) pula menyatakan: Kemudian beliau peri ke Dzulhulaifah yang dinamakan oleh orang yang melakukan haji dengan Bir Ali, ia merupakan miqat Ahli Syam dan mereka yang melalui Madinah, di sini terdapat banyak telaga-telaga berhampiran Wadi al-Aqiq, dan di sini jugalah para hujjaj berihram, dan memulakan talbiah.[6]

Hal ini menunjukkan bahawa nama Abyar Ali di nisbahkan kepada Sultan Ali bin Dinar adalah tidak benar, kerana beliau meninggal dunia pada tahun 1335 H, tetapi penulis-penulis kitab-kitab terdahulu telah menukilkannya sejak sekian lama sebagaimana Jamaluddin al-Matori yang meninggal dunia pada 741 H dan juga Abd al-Qadir al-Jaziri yang meninggal dunia pada 977 H dan selain daripada mereka.

Terdapat juga segelintir yang menyangkakan bahawa Ali telah memerangi jin sedangkan ia adalah tidak benar kerana jin tidak diperangi pun oleh seorang sahabat. Ibn Jibrin di dalam Syarh Umdah al-Ahkam menyatakan: Nama Bir Ali merupakan nama yang baru, yang dinamakan oleh Syiah Rafidhah. Di Madinah, kebanyakan Rafidhah menamakannya dengan Bir Ali, jika tidak, ia dinamakan sebagai Dzulhulaifah pada asalnya. Syeikh al-Islam menyebutkan bahawa Rafidhah menyangka bahawa di kawasan itulah Saidina Ali membunuh Jin, Maka, mereka mengatakan bahawa ia adalah Abyar Ali atau Bir Ali. Mereka berdusta kerana Saidina Ali tidak membunuh satu pun dalam kalangan Jin, begitu juga semua sahabat, tidak disebutkan bahwa mereka membunuh satu pun dalam kalang jin di Bir Ali ataupun selain daripada tempat itu. Justeru, penamaan Bir Ali ataupun Abyar Ali merupakan penamaan daripada kalangan syiah yang melampau dalam memuja Saidina Ali dan mendakwa bahawa Ali mempunyai karamah tersebut atau seumpamanya, Jika tidak, nama asalnya adalah Dzulhulaifah, Hal ini kerana di tempat tersebut terdapat tumbuhan yang bernama Hulafa’ iaitu lalang yang kecil, maka ia dinamakan dengan Dzulhulaifah. [7]

Kesimpulan

Justeru, kami nyatakan bahawa, nama Bir Ali atau Abyar Ali sudah wujud sekian lama. Begitu juga nama Dzulhulaifah berdasarkan nas hadith yang kami nyatakan tadi. Antara nama lainnya pula ialah al-Syajarah dan al-Baidha’. [8]

Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang benar dalam memahami agama ini.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 24 Februari 2022 bersamaan 22 Rejab 1443H

[1] Riwayat al-Bukhari (1524)

[2] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/131

[3] Lihat https://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Dzulhulaifah

[4] Lihat https://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Bir_Ali

[5] Lihat Lihat al-Ta’rif bima Ansati al-Hijrah min Ma’alim Dar al-Hijrah, hlm. 167

[6] Lihat Durar al-Fawaid al-Munazzamah fi Akhbar al-Hajj wa Tariq Makkah al-Muʻazzamah, 2/65

[7] Lihat Syarh Umdah al-Ahkam li Ibn Jibrin,35/6

[8] Lihat kitab al-Raudh al-Mi’thar, 196; Mu’jam al-Buldan, 2/296 dan juga Atlas al-Hadis al-Nabawi oleh Dr Shauqi Abu Khalil, hlm. 150

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *