#292 Memotong Kuku atau Rambut ketika Berjunub

-40%

Buku Fizikal

Rahiq Makthum

Rated 0 out of 5
RM50.00RM110.00
Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Apakah hukum memotong kuku atau rambut ketika dalam keadaan haid atau berhadas besar? Mohon pencerahan.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

Maksudnya:Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.”[1]

Al-Syaukani menyatakan bahawa ayat di atas bermaksud Allah SWT memerintahkannya untuk membersihkan pakaiannya dan memelihara pakaian tersebut daripada najis. Manakala Qatadah pula menyatakan bahawa maknanya adalah bersihkanlah dirimu daripada dosa-dosa.[2]

Selain itu perbuatan memotong kuku, membersih gigi dan pakaian termasuk dalam sunnah fitrah. Hal ini adalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa:

الفِطْرَةُ خَمْسٌ، أَوْ خَمْسٌ مِنَ الفِطْرَةِ: الخِتَانُ، وَالِاسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya:Fitrah itu lima perkara; — atau beliau berkata: lima perkara termasuk daripada fitrah; — berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.[3]

Memotong kuku atau rambut ketika berjunub

Mengenai perkara ini, Imam al-Ghazali menyebutkan dalam kitabnya bahawa tidak sepatutnya seseorang itu mencukur rambutnya, memotong kukunya, mencukur bulu ari-arinya, mengeluarkan darahnya atau mengeluarkan satu bahagian daripada dirinya, sedangkan dia dalam keadaan berjunub. Hal ini kerana semua bahagian yang dipotong itu akan dikembalikan pada hari akhirat dalam keadaan berjunub lalu dikatakan kepada orang tersebut: “Sesungguhnya setiap bulu-bulu ini kan menuntut kepadanya disebabkan oleh keadaan ia berhadas besar (atau kenapa ia dibangkitkan dalam keadaan hadas besar).”[4]

Ramai ulama terkemudian dalam kalangan mazhab Syafi‘i menyebutkan kenyataan Imam  al-Ghazali tersebut sebagai faedah dalam kitab-kitab mereka seperti al-Haitami,[5] al-Syirbini,[6] al-Ramli,[7] al-Bujairimi[8] dan lain-lain. Al-Bujairimi menyebutkan bahawa pada pendapat Imam al-Ghazali ini adanya kritikan kerana bahagian badan yang kembali kepada jasad seseorang itu adalah berdasarkan keadaannya sewaktu mati, bukannya semua kukunya yang telah dipotong selama umurnya, bukan juga rambut, maka pendapat ini perlu dirujuk kembali. Al-Qalyubi juga menyatakan bahawa kalaulah dikembalikan kepada seseorang itu seluruh kuku dan rambut — yang telah dipotong selama hidupnya — pada jasadnya nescaya akan buruklah rupanya disebabkan oleh panjang kuku dan rambut itu. Manakala al-Madabighi pula mengatakan bahawa dikembalikan sekalian juzuk badan itu yakni bahagian yang asal sahaja seperti tangan yang terpotong, bukannya rambut atau kuku. Selain itu, al-Hafiz Ibn Hajar juga ada menyebutkan bahawa setiap seorang daripada manusia akan bangkit dalam keadaan yang dia mati, kemudian apabila masuk syurga mereka akan jadi tinggi (seperti saiz Nabi Adam A.S).[9]

Oleh itu, kami berpendapat bahawa memotong rambut dan kuku, semasa dalam keadaan haid mahupun berhadas besar bukanlah haram. Lebih-lebih lagi Imam al-Ghazali menggunakan lafaz “لا ينبغي” yang lebih bermaksud “tidak sepatutnya”. Justeru, ia menunjukkan kepada larangan bersifat makruh dan bukannya haram.

Selain itu, pendapat yang mengharuskan untuk memotong rambut, kuku dan lain-lain adalah lebih dekat dengan prinsip Islam itu sendiri yang menginginkan kemudahan dan kebersihan kepada umatnya dan bukannya menyusahkan mereka. Lebih-lebih lagi bagi situasi perempuan haid dan nifas, yang mana sebahagian mereka akan berada dalam keadaan berhadas besar dalam tempoh yang lama. Justeru, jika perkara ini dilarang ke atas mereka untuk melakukannya, maka sudah tentu ia akan menyusahkan mereka. Hal ini adalah sebagaimana firman Allah SWT:

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ

Maksudnya: “Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan).[10]

Begitu juga dalam sebuah hadith daripada riwayat Abu Umamah al-Bahili, bahawa Nabi SAW bersabda:

ولكني بُعِثْتُ بالحَنِيفِيَّةِ السَّمْحَةِ

Maksudnya:Akan tetapi aku diutuskan untuk membawa agama yang suci lagi toleransi.[11]

Tambahan lagi, menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah bahawa tidak terdapat sebarang dalil daripada syarak yang menghukumkan sebagai makruh perbuatan memotong kuku dan menggunting rambut kepada orang yang berjunub.[12]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa memotong kuku atau rambut ketika haid dan berhadas besar hukumnya adalah tidak haram tetapi makruh di sisi sebahagian ulama kerana ia merupakan perkara-perkara yang termasuk dalam fitrah, lebih-lebih lagi dalam soal penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, tidak mengapa juga jika ada yang mahu menyimpan kuku atau rambut yang telah dipotong lalu membawanya bersama ketika mandi wajib apabila sudah suci sebagai jalan keluar daripada khilaf.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 13 Januari 2022 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1443H

[1] Surah al-Muddatthir: 4

[2] Lihat Zubdah al-Tafasir min Fath al-Qadir, oleh Sulaiman al-Asyqar, hlm. 776

[3] Riwayat al-Bukhari (5889)

[4] Lihat Ihya’ ‘Ulum al-Din, 2/51.

[5] Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 1/284.

[6] Lihat al-Iqna‘,1/70.

[7] Lihat Nihayah al-Muhtaj, 1/229.

[8] Lihat Tuhfah al-Habib, 1/247.

[9] Lihat Tuhfah al-Habib, 1/247.

[10] Surah al-Ma’idah: 6

[11] Riwayat Ahmad (22345)

[12] Lihat al-Fatawa al-Kubra, 1/53.

Leave a Reply

Your email address will not be published.