• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Akidah dan Tauhid

#3172: Beza Bisikan Iman dan Sebaliknya

by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
September 20, 2023
Reading Time: 4 mins read
0
0
Share on WhatsappShare on Facebook

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Bagaimana ingin mengetahui perbezaan bisikan iman dan sebaliknya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ

Maksudnya: “Serta (Allah mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.”

(Surah al-Balad: 10)

Ibn Kathir berkata: Ibn Mas’ud mengertikan ‘النَّجْدَيْنِ’ sebagai kebaikan dan kejahatan. Inilah yang diriwayatkan daripada Ali, Ibn Abbas, Mujahid, Ikrimah dan lain-lain. (Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 4/568)

Firman Allah SWT:

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Maksudnya: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.”

(Surah al-Syams: 8)

Al-Syaukani berkata: Firman Allah SWT, ‘فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا’, yakni memberitahu kepada jiwa dan memberikan pemahaman tentang kefasikan dan ketakwaan itu, dan mana yang baik dan yang buruk. Mujahid mengatakan: “Memberitahunya tentang kefasikan, ketakwaan, ketaatan dan kemaksiatan.” Al-Farra’ berkata: “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu iaitu memberitahunya jalan kebaikan serta jalan keburukan.” Sepertimana disebut dalam firman-Nya ‘وَهَدَيْناهُ النَّجْدَيْنِ’ (Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan). [Surah al-Balad: 10]

Muhammad bin Ka’ab berkata: “Apabila Allah telah menghendaki kebaikan terhadap seseorang hamba, maka Dia mengilhamkan kepadanya kebaikan, sehingga dia akan melakukan kebaikan itu. Akan tetapi, jika Allah telah menghendaki keburukan terhadap seorang hamba, maka Dia mengilhamkan kepadanya keburukan, sehingga dia akan melakukan keburukan itu.” Ibn Zaid berkata: “Dengan taufiq Allah, jiwa-jiwa itu akan menjadi takwa, dan dengan pengabaian-Nya, maka akan menjadi fasiq.” (Lihat Fath al-Qadir, 5/547)

Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالحَقِّ ، وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالحَقِّ ، فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنَ اللهِ فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ، ثُمَّ قَرَأَ {الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالفَحْشَاءِ} الآيَةَ.

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan memiliki bisikan pada manusia, dan malaikat juga memiliki bisikan. Bisikan syaitan menjanjikan keburukan dan mendustakan kebenaran. Sedangkan bisikan malaikat menjanjikan kebaikan dan mempercayai kebenaran. Sesiapa yang mendapatkannya, maka ketahuilah bahawa itu daripada Allah SWT, justeru hendaklah dia memuji Allah. Dan sesiapa yang mendapatkan yang lain, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan yang dilaknat. Kemudian Nabi SAW membaca ayat: ‘الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ’ (Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaakn (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut). [Surah al-Baqarah: 268].”

Riwayat al-Tirmizi (3256). Beliau berkata, ini hadith hasan gharib.

Syeikh al-Sam’ani berkata: “Dalam membezakan antara kebenaran dan kebatilan, kami katakan seperti berikut: Setiap yang benar dan berbetulan mengikut Syariat Nabi SAW sekalipun tiada dinaskan di dalam Kitab dan Sunnah, maka ia diterima. Sebaliknya, apa-apa yang tidak berbetulan dengan syariat Nabi SAW, maka ia hendaklah ditolak kerana yang demikian itu adalah bisikan nafsu dan was-was syaitan. Justeru, wajiblah ia diingkari. Akan tetapi, kita tidaklah mengingkari cahaya Allah yang dikurniakan sebagai penghormatan dan kemuliaan untuk seseorang hamba. (Lihat Qawati’ al-Adillah fi al-Usul, 2/352)

Selain itu, terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, katanya:

جَاءَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَسَأَلُوهُ إِنَّا نَجِدُ فِي أَنْفُسِنَا مَا يَتَعَاظَمُ أَحَدُنَا أَنْ يَتَكَلَّمَ بِهِ.‏ قَالَ :‏ وَقَدْ وَجَدْتُمُوهُ‏.‏ قَالُوا نَعَمْ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ ذَاكَ صَرِيحُ الإِيمَانِ‏.

Maksudnya: “Suatu ketika, ada beberapa orang Sahabat datang bertemu Nabi SAW, kemudian mereka bertanya kepada Baginda: “Kami merasakan bisikan di dalam hati kami yang sangat berat untuk kami ucapkan.” Baginda SAW bersabda: “Kamu semua merasakan bisikan itu?” Mereka menjawab: “Ya.” Baginda SAW bersabda: “Itu adalah bukti nyata adanya iman.”

Riwayat Muslim (132)

Imam al-Nawawi dalam menjelaskan makna hadith ini menyebut:

 فَقَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ صَرِيحُ الْإِيمَانِ وَمَحْضُ الْإِيمَانِ مَعْنَاهُ اسْتِعْظَامُكُمُ الْكَلَامَ بِهِ هُوَ صَرِيحُ الْإِيمَانِ فَإِنَّ اسْتِعْظَامَ هَذَا وَشِدَّةَ الْخَوْفِ مِنْهُ وَمِنَ النُّطْقِ بِهِ فَضْلًا عَنِ اعْتِقَادِهِ إِنَّمَا يَكُونُ لِمَنِ اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ اسْتِكْمَالًا مُحَقَّقًا وَانْتَفَتْ عَنْهُ الرِّيبَةُ وَالشُّكُوكُ

Maksudnya: Sabda Baginda SAW, ‘ذَاكَ صَرِيحُ الإِيمَانِ‏’ itu maksudnya adalah: Rasa berat yang kamu semua rasakan untuk mengucapkannya itu merupakan bukti nyata keimanan. Kerana perasaan berat hati menghadapi lintasan fikiran seperti ini, disertai dengan rasa takut yang kuat untuk mengucapkannya, apatah lagi meyakininya, sikap seperti ini hanya ada pada orang yang memiliki iman sempurna dan sudah tidak ada pada dirinya segala bentuk keraguan dan kebimbangan.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/154)

Al-Khattabi berkata:

 الْمُرَاد بِصَرِيحِ الْإِيمَان هُوَ الَّذِي يَعْظُم فِي نُفُوسهمْ إِنْ تَكَلَّمُوا بِهِ ، وَيَمْنَعهُمْ مِنْ قَبُول مَا يُلْقِي الشَّيْطَان ، فَلَوْلَا ذَلِكَ لَمْ يَتَعَاظَم فِي أَنْفُسهمْ حَتَّى أَنْكَرُوهُ ، وَلَيْسَ الْمُرَاد أَنَّ الْوَسْوَسَة نَفْسهَا صَرِيح الْإِيمَان بَلْ هِيَ مِنْ قِبَل الشَّيْطَان وَكَيْده

Maksudnya: Yang dimaksudkan dengan ‘bukti adanya iman’, adalah faktor yang membuat mereka merasa berat untuk mengucapkan bisikan di hati mereka, serta menahan mereka untuk menerima apa yang dilontarkan oleh Syaitan. Kalau bukan begitu, nescaya mereka tidak akan merasa berat menghadapi lintasan hati itu, sehingga mereka mampu mengingkarinya. Jadi, maknanya bukan bahawa bisikan itu sendiri merupakan bukti nyata keimanan, bahkan bisikan itu sebenarnya berasal daripada Syaitan dan tipu dayanya. (Lihat Fath al-Bari, 20/348)

Berdasarkan kenyataan al-Khattabi di atas, dapat difahami bahawa yang menunjukkan kekuatan iman adalah perasaan berat menerima bisikan itu dan terus berusaha menghilangkannya. Sedangkan tidak merasa berat dengan bisikan itu dan membiarkannya merasuki hati, itu merupakan petanda lemahnya iman. Adapun adanya bisikan itu sendiri bukanlah bukti kekuatan iman mahupun kelemahan iman.

Justeru, marilah sama-sama kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah sentiasa memberikan tawfiq dan hidayah kepada kita serta tetapkan hati-hati kita atas agama dan ketaatan kepadaa Allah. Amin.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا، وَأَعِذْنَا مِنْ شَرِّ أَنْفُسِنَا

Maksudnya: “Wahai Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk serta lindungilah kami daripada kejahatan nafsu kami.”

Bertarikh: 20 September 2023 bersamaan 4 Rabiulawwal 1445

Previous Post

#3171: Adakah Penjamin Dikira Meninggal Dunia Dalam Menanggung Hutang Sekiranya Tidak Mampu Membayar Hutang Bagi Pihak Peminjam?

Next Post

#3173: Peranan Manusia dalam Menghadapi Artificial Intelligence

Next Post

#3173: Peranan Manusia dalam Menghadapi Artificial Intelligence

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • #5000: Busuk Daging dengan Sebab Bani Isra’il
  • #4999: Apakah Nabi SAW Pernah Lupa?
  • #4998: Kanak-kanak Mendapat Pahala Amal Kebaikan dan Diangkat  Daripada Mereka  Dosa
  • #4997: Marah Ketika Memberi Peringatan Jika Dilihat Sesuatu yang Tidak Betul

Recent Comments

  • Pakde Min on #119 Turutan Kelayakan Imam Solat
  • Qalisya Nair on #706 Keutamaan Antara Puasa Qadha’ Ramadhan dan Puasa Nazar
  • Nor Azizul Bin Khalil on #2549: Benarkah Rasulullah SAW Mempunyai Ayam Jantan?
  • Achika on #330: A Wife Following the Funeral Procession of Her Husband
  • BahakDean on #5001: Kenapa Dato’ Seri Jawab Soalan?
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.