#331 Isteri Ceraikan Diri Sendiri

Rated 0 out of 5
RM25.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
Rated 0 out of 5
RM25.00
-64%
Rated 0 out of 5
RM50.00
-53%

Siri Perkahwinan

[eBook]Baiti Jannati

Rated 0 out of 5
RM20.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-18%

Buku Fizikal

Rahiq Makthum

Rated 0 out of 5
RM65.00RM130.00

Soalan

Adakah isteri boleh menceraikan diri sendiri?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Perselisihan di dalam rumah tangga merupakan perkara yang menjadi asam garam dalam kehidupan. Namun setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan cara yang terbaik. Penceraian adalah perkara yang tidak digalakkan di dalam Islam.

Kita perlu mengetahui bahawa hukum asal bagi penceraian (talaq) adalah halal di dalam Islam, tetapi makruh (dibenci Syarak). Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَبغَضُ الحَلاَلِ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ الطَّلاَقُ

Maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talaq.[1]

Penceraian merupakan pilihan terakhir sekiranya usaha untuk membaik pulih hubungan suami isteri menemui jalan buntu. Itu pun sekiranya mempunyai sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara’.

Terlebih dahulu rukun talaq ada 5 perkara iaitu:

  1. Sighah (lafaz)
  2. Isteri (orang yang dijatuhkan ke atasnya talaq )
  3. Wilayah ( ditujukan talak pada tempatnya )
  4. Qasad (diqasad lafaz talak pada makna )
  5. Suami ( orang yang menjatuhkan talak )

Hukum asal kuasa talak adalah di tangan suami. Namun, di dalam Islam dibenarkan suami menyerahkan kuasa talak kepada isteri dengan syarat diizinkan oleh suami (suami membenarkan perkataan talak isterinya) dan berlaku pada ketika itu juga.

Imam as-Syirazi di dalam kitab al-Muhazzab menyatakan: “Harus bagi suami menyerahkan kuasa talak kepada isteri atau mewakilkan kuasa talak kepada orang lain. Apabila diserahkan kuasa talak kepada isteri maka dibolehkan isteri menceraikan dirinya sendiri dengan syarat selama mana mereka berdua tidak berpisah dari majlis talak dan berkata perkara yang boleh menjatuhkan talak hanya dengan perkara disepakati oleh mereka berdua”.[2]

Namun berdosa hukumnya sekiranya seorang isteri meminta cerai daripada suaminya tanpa ada sebab-sebab yang munasabah yang dibenarkan oleh syara’.

Daripada Thauban RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.”[3]

Syeikh Muhammad Hasan Abd al-Ghaffar di dalam kitabnya al-Qawaid al-Fiqhiyah[4] menyatakan: Sekiranya perempuan itu meminta untuk ditalakkan tanpa alasan, ianya boleh menyebabkan kemudharatan terhadap suaminya, sedangkan kaedah menyatakan:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh membalas kemudharatan dengan kemudharatan.

Kesimpulannya, Kami nyatakan bahawa diharuskan seorang isteri meminta cerai daripada suami sekiranya terdapat sebab yang sah oleh syara’ dan memiliki alasan yang kuat. Sekiranya tiada, maka haram dan berdosa seorang isteri meminta talak kepada suaminya. Begitu juga hukumnya bagi pihak suami haram dan berdosa sekiranya menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah. Namun perlu diingat bahawa talak merupakan jalan yang terakhir dipilih bukannya jalan keluar yang terawal.

Kami menasihatkan juga bahawa setiap perkara yang berlaku perlu perbincangan terlebih dahulu dan berusaha mencari orang tengah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga yang berlaku. Setiap perkahwinan mempunyai konflik dan cabaran, namun sejauh mana seseorang itu menghadapinya hendaklah berpandukan kepada hukum syara’.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 20 Januari 2022 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1443H

 

[1] Riwayat Abu Dawud (2178) dan Ibn Majah (2018). Syeikh Syuaib al-Arnout menyatakan di dalam Takhrij Sunan Abi Dawud (2178) bahawa para perawi bagi hadith ini Thiqah tetapi hadith yang sebetulnya adalah mursal.

[2] Lihat al-Muhazzab, 2/81

[3] Riwayat al-Tirmidzi (1187). Hadith ini dinilai sahih berdasarkan kitab Sahih al-Tirmidzi (1187)

[4] Lihat Qawaid al-Fiqhiyyah baina al-Asolah wa al-Taujih, 10/8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *