#337 Mahkamah Tetapkan Kadar Mahar

Rated 0 out of 5
RM6.00
-69%

Buku Fizikal

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00RM35.00
-32%

Siri Kematian

Fiqh Jenazah

Rated 0 out of 5
RM8.00RM15.00

Siri Solat Sunat

Solat Hari Raya

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM10.00
-58%
Rated 0 out of 5
RM100.00

Siri Solat Sunat

Solat Musafir

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Saya ingin berkahwin, tetapi terkadang saya rasa terbeban dengan nilai mas kahwin dan mahar di Malaysia. Adakah mahkamah boleh menetapkan nilai mahar atau mas kahwin?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Mas kahwin atau mahar merupakan harta atau manfaat yang wajib diberikan oleh seorang suami kepada isteri sama ada dengan sebab pernikahan atau persetubuhan.[1]

Firman Allah SWT:

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً

Maksudnya: Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.[2]

Ibn Kathir menukilkan pandangan Ibn Abbas R.Anhuma, perkataan النحلة membawa maksud mahar. Ibn Zaid pula menjelaskan, ianya bermaksud sesuatu yang wajib diberikan kepada isteri disebabkan aqad nikah. Seorang lelaki wajib menyerahkan mahar kepada wanita sebagai hadiah dan pemberian ke atasnya dengan penuh kerelaaan hati. [3]

Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dan maksimumnya. Setiap sesuatu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta, boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai atau hutang, atau sesuatu yang bermanfaat, seperti kain, sejadah, wang, tempat kediaman atau mengajar sesuatu kemahiran.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ أَن تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُم

MaksudnyaDan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu.[4]

Ayat ini hanya menyebut harta (المال) semata-mata tanpa menetapkan kadar yang tertentu.

Begitu juga, hadith Rasulullah SAW bersabda:

أَعْطِهَا وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ

Maksudnya“Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”[5]

Dan hadith yang lain, daripada Amir bin Rabi’ah RA, katanya:

أَنَّ امْرَأَةً مِنْ بَنِى فَزَارَةَ تَزَوَّجَتْ عَلَى نَعْلَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَضِيتِ مِنْ نَفْسِكِ وَمَالِكِ بِنَعْلَيْنِ. قَالَتْ نَعَمْ. قَالَ فَأَجَازَهُ

Maksudnya“Seorang perempuan daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwinnya, seperti kasut. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu redha dengan mendapat sepasang kasut sebagai mas kahwin?” Perempuan itu menjawab: “Ya!” Lalu Baginda membenarkannya.”[6]

Allah SWT berfirman:

وَإِنْ أَرَدتُّمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَّكَانَ زَوْجٍ وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا

MaksudnyaDan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikitpun.[7]

Ayat ini menjelaskan bahawa suami harus memberikan isterinya harta yang banyak. Hal ini menunjukkan bahawa tiada had maksimum bagi pemberian mas kahwin terhadap isteri.

Begitu juga sunat tidak melebihi 500 Dirham berdasarkan mas kahwin anak-anak perempuan dan isteri Rasulullah SAW.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Umar bin al-Khattab, katanya:

لاَ تُغْلُوا صُدُقَ النِّسَاءِ أَلاَ لاَ تُغْلُوا صُدُقَ النِّسَاءِ فَإِنَّهَا لَوْ كَانَتْ مَكْرُمَةً فِى الدُّنْيَا أَوْ تَقْوَى عِنْدَ اللَّهِ كَانَ أَوْلاَكُمْ بِهَا النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَصْدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ امْرَأَةً مِنْ نِسَائِهِ وَلاَ أُصْدِقَتِ امْرَأَةٌ مِنْ بَنَاتِهِ أَكْثَرَ مِنْ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً

Maksudnya: “Janganlah kamu berlebihan memberi mas kahwin kepada perempuan. Sekiranya mas kahwin sebagai penghormatan di dunia ataupun tanda taqwa di akhirat, nescaya Rasulullah SAW menentukan kadarnya lebih mahal daripada kamu. Baginda tidak pernah memberikan isteri-isterinya dan anak-anak perempuannya mas kahwin melebihi 12 uqiyyah.”[8]

Satu uqiyyah bersamaan 40 dirham. Oleh itu, 12 uqiyyah ialah 480 dirham. Kadar ini bersamaan dengan 2 ½ kali ganda nisab zakat bagi perak. Ia berbeza-beza mengikut matawang sesebuah negara dan nilaiannya. [9]

Cukuplah kami menukilkan kisah seorang perempuan yang membaca nas Ilahi kepada Saidina Umar adalah salah satu daripada jawapan bahawa perlunya keredaan daripada pihak isteri.  Diriwayatkan daripada Masruq, beliau berkata: “Umar bin al-Khattab R.A menaiki mimbar Rasulullah SAW lalu berkhutbah:

“Wahai sekalian manusia, mengapa kamu terlalu meninggikan mahar wanita. Sesungguhnya dahulu Rasulullah dan para sahabat, jumlah mahar di antara mereka hanyalah empat ratus dirham dan kurang dari itu. Jika meninggikan mahar adalah tanda ketaqwaan kepada Allah atau sebuah kemuliaan, tentulah kamu tidak akan mampu mendahului mereka dalam perkara tersebut. Jangan sampai aku ketahui ada orang yang meninggikan mahar lebih dari empat ratus dirham.”

Masruq berkata: “Kemudian Umar pun turun dari mimbar. Beliau kemudiannya ditahan oleh seorang wanita Quraisy dan berkata kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin, engkau telah melarang manusia menetapkan mahar bagi wanita lebih dari empat ratus dirham.”

Umar menjawab: “Ya!” Wanita tersebut pun berkata lagi: “Tidakkah engkau mendengar Allah SWT berfirman dalam kitab-Nya:

وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا ۚ أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Maksudnya: Sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya walaupun sedikit. Adakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata?”[10]

Umar pun berkata: “Ya Allah, berilah keampunan kepadaku. Semua orang lebih faqih (memahami) daripada Umar.”

Kemudian beliau pun kembali menaiki mimbar dan berkata: “Sesungguhnya tadi aku telah melarang kamu menetapkan mahar wanita lebih dari empat ratus dirham. (Tetapi) sekarang, sesiapa pun boleh memberikan hartanya berdasarkan yang dia suka (sebagai mahar).”

Abu Ya’la berkata: “Aku menyangka dia berkata: “Sesiapa yang dengan rela hatinya, maka silalah untuk memberi mahar berdasarkan kesanggupannya (kehendaknya).”[11]

Berdasarkan kenyataan di atas seperti yang dihasratkan oleh Saidina Umar, adalah dibolehkan bagi pihak pemerintah berdasarkan maslahat dan maqasid perkahwinan itu sendiri. Walaupun begitu, perundingan dan persetujuan dari pihak isteri perlu diambil kira agar ia tidaklah dibuat dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai kesimpulan, kami mengambil kesempatan di sini menasihatkan ibubapa atau wali agar mempermudahkan urusan perkahwinan anak perempuan apabila wujudnya kufu’ dan mempunyai agama serta akhlak. Hal ini akan menatijahkan rasa kebahagiaan dari semua pihak yang akhirnya dapat menzahirkan baiti jannati yang menjadi idaman semua pasangan hidup.

Marilah sama-sama kita menginsafi serta menghayati hadith Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Uqbah bin ‘Amir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

Maksudnya: Sebaik-baik pernikahan adalah yang dipermudahkan maharnya.[12]

Kami akhiri dengan berdoa kepada Allah sepertimana yang diajar:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Wallahua`lam.

Bertarikh: 20 Januari 2022 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1443H

[1] Lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, 7/49

[2] Surah al-Nisa’: 4

[3] Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/235

[4] Surah al-Nisa’: 24

[5] Riwayat al-Bukhari (4741) dan Muslim (1425)

[6] Riwayat al-Tirmizi (1113)

[7] Surah al-Nisa’: 20

[8] Riwayat Ahmad (1114)

[9] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/483-485

[10] Surah al-Nisa’: 20

[11] Lihat Tafsir Ibn Kathir, 2/244. Beliau menyatakan sanadnya baik dan kuat

[12] Riwayat Ibn Hibban (4072) dan al-Tabrani di dalam Mu’jam al-Kabir (1/221). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij Zad al-Ma’ad (5/161) menyatakan bahawa sanad hadith ini kuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search