• Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

No products in the cart.

No Result
View All Result
  • Login
  • Register
No Result
View All Result
Maktabah al Bakri
No Result
View All Result
Home Fiqh Jihad

#4231: Minta Izin Ibu Bapa Untuk Berjihad

by admin
November 17, 2023
Reading Time: 4 mins read
0
0
Share on WhatsappShare on Facebook

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Adakah seseorang yang ingin keluar berjihad di jalan Allah menentang musuh juga perlu meminta keizinan terlebih dahulu dari ibu bapa?

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Berjihad dan mentaati kedua ibu bapa, kedua-duanya termasuk dalam salah satu sebaik-baik amalan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW. Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai amalan yang paling afdhal:

الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا. قَالَ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: ثُمَّ بِرُّ الوَالِدَيْنِ. قَالَ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ. قَالَ: حَدَّثَنِي بِهِنَّ، وَلَوِ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي.

Maksudnya: “‘Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah SWT?’ Baginda menjawab: ‘Menunaikan solat pada waktunya.’ Beliau (Ibn Mas‘ud) bertanya lagi: ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab: ‘Berbuat baik kepada ibu bapa.’ Beliau bertanya lagi: ‘Kemudian apa lagi?’ Baginda menjawab: ‘Berjihad di jalan Allah.’ Abdullah berkata: ‘Baginda SAW menyampaikan kepadaku (menjawab) mengenainya (semua pertanyaannya), dan sekiranya aku terus bertanya kepadanya, nescaya Baginda akan terus memberiku jawapan.”

Riwayat al-Bukhari (527) dan Muslim (85)

Tetapi yang membezakan jihad dan mentaati kedua ibu bapa adalah, jihad itu merupakan fardhu kifayah, manakala mentaati kedua ibu bapa adalah fardhu ‘ain. Maka sekiranya berlaku bertembungan antara kedua amalan ini, perlu didahulukan ibu bapa berbanding jihad.

Berbalik kepada persoalan yang saudara ajukan, kami katakan bahawa hukum meminta izin daripada ibu bapa sebelum keluar berjihad di jalan Allah SWT adalah wajib sekiranya kedua ibu bapa itu beragama Islam. Ini berdasarkan hadith daripada ‘Abdullah bin ‘Amru R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ، فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الجِهَادِ، فَقَالَ: أَحَيٌّ وَالِدَاكَ؟، قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ

Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan minta izin untuk berjihad. Baginda SAW bertanya: ‘Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?’ Lelaki itu berkata: ‘Ya’. Baginda bersabda: ‘Hendaklah engkau berjihad (berbakti) kepada keduanya’.”

Riwayat al-Bukhari (3004) dan Muslim (2549)

Dalam riwayat lain daripada Abu Sa‘id al-Khudri R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَنَّ رَجُلاً هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ مِنَ الْيَمَنِ، فَقَالَ:‏ هَلْ لَكَ أَحَدٌ بِالْيَمَنِ‏.‏ قَالَ‏:‏ أَبَوَايَ.‏ قَالَ‏:‏‏ أَذِنَا لَكَ‏.‏ قَالَ:‏ لَا‏.‏ قَالَ‏:‏ ارْجِعْ إِلَيْهِمَا فَاسْتَأْذِنْهُمَا، فَإِنْ أَذِنَا لَكَ فَجَاهِدْ، وَإِلاَّ فَبِرَّهُمَا

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dari Yaman, lalu Baginda bertanya: ‘Kamu ada sesiapa (ahli keluarga) di Yaman?’ Dia menjawab: ‘Dua ibu bapaku.’ Baginda bersabda: ‘Mereka berdua izinkan kamu (berjihad)?’ Dia menjawab: ‘Tidak.’ Baginda bersabda lagi: ‘Pulanglah kepada keduanya dan minta izin mereka berdua, jika mereka izinkan kamu maka berjihadlah, dan jika tidak maka berbuat baiklah kepada keduanya’. ”

Riwayat Abu Dawud (2530) dan Ahmad (11739)

Mengapa disyaratkan kewajiban meminta izin untuk berjihad hanya sekiranya kedua ibu bapa itu muslim? Kerana jihad itu tujuannya untuk menegakkan agama Allah SWT, dan larangan ibu bapa yang bukan beragama Islam tidak menjadikan anak itu berdosa jika dia tetap berjihad kerana ianya bertentangan dengan tuntutan syara‘. Allah SWT hanya mewajibkan seseorang anak itu mentaati ibu bapanya yang bukan beragama Islam selama mana ia tidak terkeluar dari lingkungan perkara-perkara yang ma‘ruf.

Firman Allah SWT:

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”

(Surah Luqman: 15)

Dalam masa yang sama, agama yang mereka anuti tidak menjadi penghalang bagi seseorang anak itu untuk terus berbuat baik kepada kedua mereka. Imam Ibn Kathir menyebutkan, jika ibu bapa yang bukan beragama Islam menggesa anak yang beragama Islam untuk dia ikut agama mereka, maka tidak perlu terima ajakan mereka. Dan ini tidaklah menghalang dari anak itu melayan ibu bapanya dengan layanan yang baik di dunia ini. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/301)

Kesimpulan

Natijah dari perbincangan ini, kami katakan bahawa hukum meminta izin dari kedua ibu bapa sebelum keluar berjihad di jalan Allah SWT adalah wajib, sekiranya kedua mereka itu beragama Islam.

Manakala jika keduanya bukan beragama Islam, hukum meminta keizinan mereka untuk keluar berjihad tidaklah diwajibkan. Akan tetapi, sebaiknya bagi anak itu meminta izin juga kepada kedua ibu bapanya sebagai bentuk penghormatan serta santunan baik terhadap mereka berdua, dan tidak wajib mentaati mereka jika mereka menghalang anak itu dari keluar berjihad di jalan Allah SWT.

Kami berharap penerangan ringkas ini dapat memberikan kita kefahaman betapa Islam meletakkan ibu bapa pada satu kedudukan yang tinggi, sehinggakan keizinan mereka menjadi satu elemen yang penting dalam menentukan sama ada seseorang itu boleh keluar berjihad atau tidak. Marilah kita sama-sama berdoa:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

Wallahu a‘lam

Previous Post

#4230: Talak Sebelum Nikah

Next Post

#4232: Produk Penjagaan Muka yang Mengandungi Air Mani Manusia 

Next Post

#4232: Produk Penjagaan Muka yang Mengandungi Air Mani Manusia 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Recent Posts

  • #4738: Tujuh Dosa Besar
  • #4737: Mengelak Fitnah
  • #4736: Mengacah Senjata
  • #4735: Zaman Menjadi Lebih Teruk
  • #4734: Anjuran Bersedekah Untuk Orang yang Mati Secara Mengejut

Recent Comments

  • ckyn25 on #4431: Kefardhuan Haji Saat Pandemik Covid-19
  • mzaherrzainal on #4638: Kisah Nabi Yunus A.S dan Ikan Nun
  • ismal8507 on #4694: Bahaya Istidraj
  • harrafiq on #4672: Hikmah Disebalik Kewujudan Maksiat Dan Kemungkaran
  • bahamizan on #4601: Wanita Tua Tak Layak Masuk Syurga?
  • Privacy Policy
  • Shipping, Cancellation & Refund Policy
  • Terms & Conditions
Hubungi kami: +60199003469

© 2023 Maktabah Al-Bakri

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Buku Fizikal
  • eBook
  • Hubungi Kami
  • Artikel
    • Ahkam Syar’iyyah
    • Tashih Al-Mafahim
    • English Section
  • Pertanyaan?

© 2023 Maktabah Al-Bakri

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

Insert/edit link

Enter the destination URL

Or link to existing content

    No search term specified. Showing recent items. Search or use up and down arrow keys to select an item.