#466 Berjunub Semasa Nikah

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Adakah sah pernikahan dalam keadaan berjunub?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Nikah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sebuah akad (perjanjian) yang mengandungi lafaz ijab dan kabul yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan untuk melakukan persetubuhan.[1]

Lafaz nikah ada disebut di dalam firman Allah SWT:

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain)…”[2]

Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perbuatan itu merupakan Sunnah Baginda Nabi SAW. Selain itu perkahwinan juga terdapat pelbagai kebaikan dan faedah, sama ada kepada individu mahupun masyarakat. Hal ini seperti yang disebut di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub RA, Sabda Nabi SAW:

أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ: الْحَيَاءُ، وَالتَّعَطُّرُ، وَالسِّوَاكُ، وَالنِّكَاحُ

Maksudnya: Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.[3]

Dalam memenuhi tuntutan perkahwinan, seseorang itu tidak dapat lari dari memenuhi tuntuan syarak agar perkahwinannya itu sempurna. Justeru wajib bagi seseorang yang hendak berkahwin untuk mematuhi rukun dan syarat pernikahan supaya perkahwinannya itu menjadi sah. Dr Muhammad Zuhaili menyebut tidak sempurna akad nikah melainkan dengan terlaksana rukunnya dan melengkapi segala syarat bagi rukun tersebut. [4]

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji[5] menyebut rukun akad nikah mempunyai lima rukun iaitu:

  1. Sighah
  2. Pengantin perempuan
  3. Pengantin lelaki
  4. Wali
  5. Dua orang saksi

Kata Sheikh Al-Baijuri :“Yang disebut oleh penulis (penulis syarah Matan Abi Syuja’) adalah wali dan dua saksi. Berbaki rukun yang lain iaitu suami, isteri dan sighah. Kesemuanya ada 5 rukun seperti yang disebutkan.”[6]

Para Fuqaha ketika membincangkan berkenaan suami, ada beberapa syarat yang perlu diteliti untuk menjadikan pernikahan itu sah. Pengarang Al-Fiqh Al-Manhaji menyatakan bahawa syarat tersebut ialah :

  1. Dia bukan mahram kepada bakal isteri.
  2. Bakal suami ialah seorang yang telah ditentukan
  3. Bakal suami tidak berada di dalam keadaan ihram haji atau umrah. Hal ini berdasarkan kepada hadith :

لاَ يَنْكِحُ الْمُحْرِمُ وَلاَ يُنْكَحُ وَلاَ يَخْطُبُ

Maksudnya:” Orang yang berihram tidak boleh berkahwin. Tidak boleh dikahwinkan juga tidak boleh meminang.”[7]

Berdasarkan persoalan di atas, kami berpandangan bahawa akad nikah yang dijalankan dalam keadaan si lelaki tidak mandi wajib atau dalam kata lainnya berjunub, pernikahannya adalah sah. Hal ini kerana mandi wajib tidak termasuk di dalam syarat sah pernikahan. Walaupun begitu kami nasihatkan, jika dalam keadaan berjunub, elakkan dari masuk ke dalam masjid. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW :

إِنَّ الْمَسْجِدَ لاَ يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلاَ لِحَائِضٍ

Maksudnya: ”Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wanita yang sedang dalam keadaan haid.”[8]

Walaupun hadith ini tidak terlepas daripada kritikan oleh para ulama, namun Imam al-Syaukani telah membahaskan secara panjang lebar dan menegaskan bahawa hadith ini menjadi kuat kerana disokong oleh banyak faktor penguat (syawahid). [9]

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang benar dalam memahami agama ini. Ameen.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 14 Februari 2022 bersamaan 12 Rejab 1443H

 

[1] Lihat https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=nikah

[2] Surah Al-Nisa’: 3

[3] Riwayat al-Tirmizi (1080) dan Ahmad (23628)

[4] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh a-Syafi’e, 4/53

[5] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/55

[6] Lihat Hasyiah al-Baijuri ‘ala syarh Ibn al-Qasim ‘ala matn Abi Syuja’, 2/188

[7] Riwayat Muslim (3512)

[8] Riwayat Abu Dawud (232) dan Ibnu Majah (645)

[9] Lihat Nail al-Authar, 1/288

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *