#478 Harta Syuf’ah

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan harta syuf’ah? Mohon pencerahan

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pengertian Syuf’ah

Syuf’ah menurut bahasa Arab, berasal daripada perkataan al-Syaf’u yang bermaksud bergabung.

Syuf’ah menurut istilah para ulama’ feqah ialah hak untuk memiliki sesuatu secara paksa. Diberikan kepada rakan kongsi lama untuk mengambil bahagian yang dimiliki oleh rakan kongsi baru dengan sesuatu balasan (bayaran) terhadap hak miliknya. Hak ini diberikan untuk mengelak sebarang kemudharatan.[1]

Syuf’ah adalah hal yang sudah dikenali oleh orang-orang Arab pada zaman Jahiliiyyah. Dahulunya, jika seseorang hendak menjual rumah atau kebunnya, maka jiran tetangga, kawan rapat atau kawan-kawannya datang men‘syuf’ah’ nya, dijadikannya ia sebagai orang yang lebih berhak membeli bagian itu.

Dari sinilah disebut Syuf’ah, dan orang yang meminta syuf’ah disebut syafii’. Lalu syafii’  mengambil bahagian kawannya yang telah menjual dengan pembayaran yang telah ditetapkan dalam akad. Ada yang mengatakan bahawa dinamakan syuf’ah kerana pemiliknya menggabung sesuatu yang dijual kepadanya, yang mana sebelumnya terpisah.

Dalil Pensyariatan Syuf’ah

Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir bin Abdillah RA berkata:

قَضَى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالشُّفْعَةِ فِي كُلِّ مَالٍ لَمْ يُقْسَمْ فَإِذَا وَقَعَتْ الْحُدُودُ وَصُرِّفَتْ الطُّرُقُ فَلَا شُفْعَةَ

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW menetapkan syuf’ah pada harta yang belum dibahagi-bahagi, maka ketika batasannya telah ditentukan dan jalan telah diatur, maka tidak ada lagi syuf’ah.”[2]

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Jabir RA, ia berkata:

قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالشُّفْعَةِ فِى كُلِّ شِرْكَةٍ لَمْ تُقْسَمْ رَبْعَةٍ أَوْ حَائِطٍ. لاَ يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَبِيعَ حَتَّى يُؤْذِنَ شَرِيكَهُ فَإِنْ شَاءَ أَخَذَ وَإِنْ شَاءَ تَرَكَ فَإِذَا بَاعَ وَلَمْ يُؤْذِنْهُ فَهْوَ أَحَقُّ بِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW menetapkan syuf’ah dalam semua persekutuan yang belum dibahagi; samada rumah ataupun kebun, tidak halal bagi seseorang menjualnya sehingga dia mengkhabarkan kepada kawannya. Jika dia mahu, dia berhak mengambil dan jika mahu, dia berhak ditinggalkan. Apabila dijual, namun belum memberitahukannya, maka ia lebih berhak terhadapnya.”[3]

Daripada Samurah bin Jundub RA, Rasulullah SAW juga bersabda,

جَارُ الدَّارِ أَحَقُّ بِالدَّارِ

Maksudnya: “Tetangga rumah lebih berhak dengan rumahnya,”[4]

Para ulama juga telah sepakat tentang tetapnya hak syuf’ah bagi sekutu yang belum melakukan pembagian pada sesuatu yang dijual, baik berupa tanah, rumah maupun kebun. Dengan demikian menjadi jelaslah akan disyari’atkannya syuf’ah menurut sunnah dan ijma’.

Rukun

  • Barang yang diambil (sebahagian yang sudah dijual), syaratnya keadaan barang tidak bergerak. Adapun barang yang bergerak iaitu dapat dipindahkan, maka tidak berlaku padanya syuf’ah.
  • Orang yang mengambil barang (perkongsian yang lama); tidak berkongsi barang atau sesuatu yang diambil samada manfaat (menggunakan barang tersebut) atau hak yang ada pada perkongsian sebelumnya.
  • Yang dipaksa (perkongsian yang baru); syaratnya keadaan barang dalam pemilikannya adalah dengan cara pertukaran, bukan dengan cara pusaka, wasiat ataupun pemberian.

Terdapat beberapa hikmah disebalik pensyariatan syuf’ah ini, antaranya:

  • Hikmah disyari’atkan syuf’ahadalah untuk menghindari bahaya dan pertengkaran yang mungkin akan timbul. Ini kerana hak milik syafii’ terhadap harta yang dijual yang hendak dibeli oleh orang lain menolak mudharat yang mungkin timbul dari orang lain.
  • Islam mensyari’atkan syuf’ahuntuk mencegah kemadharatan dan menghindari permusuhan. Kerana hak kepemilikan Syafi’ dari pembelian orang lain (pihak lain) akan dapat mencegah kemungkinan adanya kemudharatan dari orang lain yang baru saja ikut serta (rakan kongsi yang baru).
  • Imam Syafi’e berpendapat bahawa yang dimaksudkan denganmudharat(bahaya) adalah kerugian dalam pembahagian, risiko adanya pihak baru yang ikut serta dan lain-lain. Ada juga ulama yang berpendapat bahwa maksud kemudharatan adalah risiko dalam perkongsian itu sendiri.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 15 Februari 2022 bersamaan 13 Rejab 1443H

[1] Jumhur ulama’ selain ulama’ Hanafi menyatakan bahawa syuf’ah ialah hak rakan kongsi menuntut keatas balasan yang telah diterima oleh penjual dalam bentuk harta, bayaran atau pernyataan perjanjian. Dengan kata lain, syuf’ah ialah hak pemilikan secara paksa thabit bagi rakan kongsi lama (pertama) keatas rakan kongsi baru (kedua) terhadap apa yang dimiliki melalui sesuatu balasan (bayaran atau gantian).

[2] Riwayat al-Bukhari (2138)

[3] Riwayat Muslim, (1608)

[4] Riwayat Abu Dawud (3517), al-Tirmidzi (1368) dan Ahmad (20140). Imam al-Tirmidzi menyatakan hadith ini Hasan Sahih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *