#481 Air yang Keluar Daripada Jari-Jari Rasulullah SAW

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Benarkah ada hadith keluar air daripada jari Rasulullah SAW dan para sahabat pernah berwudhu’ dengannya?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Berdasarkan persoalan di atas, ia sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا بِإِنَاءٍ مِنْ مَاءٍ، فَأُتِيَ بِقَدَحٍ رَحْرَاحٍ، فِيهِ شَيْءٌ مِنْ مَاءٍ، فَوَضَعَ أَصَابِعَهُ فِيهِ. قَالَ أَنَسٌ: فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى المَاءِ يَنْبُعُ مِنْ بَيْنِ أَصَابِعِهِ. قَالَ أَنَسٌ: فَحَزَرْتُ مَنْ تَوَضَّأَ، مَا بَيْنَ السَّبْعِينَ إِلَى الثَّمَانِينَ.

Maksudnya: Nabi SAW pernah meminta sebekas air, lalu didatangkan kepada Baginda mangkuk yang cetek dan luas mulutnya, di dalamnya ada sedikit air. Baginda pun meletakkan jari-jemari Baginda di dalam bekas itu. Anas berkata: “Aku melihat air keluar dari celah-celah jari Baginda.” Anas berkata lagi: “Aku menganggarkan sekitar tujuh puluh hingga lapan puluh orang yang dapat berwudhu’ menggunakan air (yang keluar daripada celahan jari Rasulullah SAW) itu.”

Hadith ini menunjukkan akan kemukjizatan Rasulullah SAW. Anas bin Malik RA menceritakan lagi dengan lebih terperinci di dalam riwayat lain, katanya:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَانَتْ صَلاَةُ العَصْرِ، فَالْتُمِسَ الوَضُوءُ فَلَمْ يَجِدُوهُ، فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِوَضُوءٍ، فَوَضَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ فِي ذَلِكَ الإِنَاءِ، فَأَمَرَ النَّاسَ أَنْ يَتَوَضَّئُوا مِنْهُ، “فَرَأَيْتُ المَاءَ يَنْبُعُ مِنْ تَحْتِ أَصَابِعِهِ، فَتَوَضَّأَ النَّاسُ حَتَّى تَوَضَّئُوا مِنْ عِنْدِ آخِرِهِمْ

Maksudnya:Aku melihat Rasulullah SAW, ketika waktu solat Asar telah masuk. Lalu air untuk berwudhu’ dicari, tetapi mereka tidak menjumpainya. Lalu didatangkan kepada Rasulullah SAW air untuk wudhu’. Maka Baginda S.A.W meletakkan tangannya ke dalam bekas tersebut. Lalu Baginda memerintahkan orang ramai untuk berwudhu’ daripadanya. Aku melihat air keluar dari bawah jari-jari Baginda. Orang-ramai pun berwudhu’ sehingga kepada orang yang terakhir dari kalangan mereka.”[1]

Daripada Jabir bin Abdullah RA, katanya:

عَطِشَ النَّاسُ يَوْمَ الحُدَيْبِيَةِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ يَدَيْهِ رِكْوَةٌ فَتَوَضَّأَ، فَجَهِشَ النَّاسُ نَحْوَهُ، فَقَالَ: «مَا لَكُمْ؟» قَالُوا: لَيْسَ عِنْدَنَا مَاءٌ نَتَوَضَّأُ وَلاَ نَشْرَبُ إِلَّا مَا بَيْنَ يَدَيْكَ، فَوَضَعَ يَدَهُ فِي الرِّكْوَةِ، فَجَعَلَ المَاءُ يَثُورُ بَيْنَ أَصَابِعِهِ، كَأَمْثَالِ العُيُونِ، فَشَرِبْنَا وَتَوَضَّأْنَا قُلْتُ: كَمْ كُنْتُمْ؟ قَالَ: لَوْ كُنَّا مِائَةَ أَلْفٍ لَكَفَانَا، كُنَّا خَمْسَ عَشْرَةَ مِائَةً

Maksudnya:Pada hari Hudaibiyah, orang ramai berasa begitu dahaga. Manakala di hadapan Nabi SAW terdapat sebuah bekas yang diperbuat daripada kulit. Baginda berwudhu’ dan orang ramai bergegas menghampirinya. Baginda bertanya: “Ada apa dengan kamu?” Mereka berkata: “Kami tidak memiliki air untuk berwudhu’ mahupun minum, kecuali apa yang berada di hadapanmu.” Baginda meletakkan tangannya di dalam bekas itu. Maka air pun keluar membuak-buak antara jari-jari tangannya, seperti mata air. Kami pun minum dan berwudhu’.” Aku (Salim bin Abi al-Ja‘d) bertanya: “Berapa jumlah kamu?” Jabir RA menjawab: “Sekiranya kami berjumlah 100 ribu orang, nescaya akan cukup bagi kami. Ketika itu kami seramai 1,500 orang.”[2]

Qadhi Iyadh berkata: “Kisah ini diriwayatkan oleh orang-orang yang thiqah dengan jumlah yang banyak, sanadnya sampai kepada para sahabat. Dan peristiwa itu terjadi di tempat-tempat berkumpulnya sebahagian mereka, di tempat keramaian, dan di tempat berkumpulnya pasukan perang. Tidak ada satu pun yang mengingkari perawi tersebut. Sehingga hal ini merupakan sebuah tambahan yang menjelaskan tentang kenabian baginda SAW.”[3]

Ibn Abd al-Barr menukilkan pendapat Imam Al-Muzani, katanya: “Keluarnya air daripada jari-jemari Rasulullah itu merupakan mukjizat yang lebih agung ketimbang keluarnya air dari batu ketika Nabi Musa  memukulkan tongkatnya yang kemudian memancarkan air darinya. Hal ini kerana keluarnya air daripada batu merupakan perihal yang telah dikenali, berbeza pula dengan keluarnya air di antara daging dan darah.”[4]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami nyatakan bahawa kisah air keluar daripada jari-jari Rasulullah SAW dan para sahabat menggunakannya untuk berwudhu’ dan minum adalah benar dan sahih sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, serta diriwayatkan oleh ramai perawi yang thiqah. Hal ini menunjukkan kemukjizatan Rasulullah SAW dan merupakan daripada ‘Alamah al-Nubuwwah (tanda kenabian) baginda SAW.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 15 Februari 2022 bersamaan 13 Rejab 1443H

[1] Riwayat al-Bukhari (3573) dan Muslim (2279)

[2] Riwayat al-Bukhari (3576), dan Muslim (1856)

[3] Lihat Fath al-Bari, 6/676

[4] Ibid, 6/677

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search