#536 Bersentuhan Dengan Nenek Tiri

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tarawih

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

[Ebook] Terbitnya Matahari dari Arah Barat

Rated 0 out of 5
RM6.00RM8.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Penghancuran Ka’abah

Rated 0 out of 5
RM6.00
-37%
Rated 0 out of 5
RM10.00RM90.00

Soalan

Adakah seorang lelaki dibolehkan bersentuhan dengan ibu mertua ayahnya (nenek tiri) yang bukan nenek sebelah ibunya

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Mahram dari sudut istilah para fuqaha’ bermaksud: ‘’Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang’’.[1]

Penjelasan berkenaan dengan golongan yang dianggap sebagai mahram ini ada dinyatakan dalam firman Allah SWT :

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Maksudnya: Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[2]

Pengharaman berkahwin dengan wanita tertentu terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah Muabbad iaitu haram untuk bernikah selama-lamanya. Yang kedua ialah tahrim muaqqat iaitu haram berkahwin buat sementara waktu disebabkan ada faktor-faktor yang menghalang. Jika ia tetap dilakukan maka ia tergolong di dalam akad yang batil dan tidak sah pernikahan tersebut.

Melalui ayat di atas para ulama, para ulama telah membuat ringkasan bahawa seorang individu menjadi mahram kepada individu yang lain adalah disebabkan oleh 3 faktor. 3 faktor tersebut ialah :

  1. Nasab (النسب)
  2. Perkahwinan (المصاهرة)
  3. Penyusuan(الرضاعة)

Apa yang dapat difahami di dalam persoalan di atas, ibu mertua ayah yang dimaksudkan itu adalah ibu kepada isteri selain ibu kandungnya. Hal ini menunjukkan bahawa ibu mertua ayahnya yang dimaksudkan merupakan nenek tiri kepadanya.

Berdasarkan ayat 24 Surah al-Nisa’ di atas, nenek-nenek tiri atau Ibu-ibu mertua kepada ayah (iaitu yang bukan nenek sebelah ibu seseorang lelaki itu) adalah golongan wanita yang tidak diharamkan kita berkahwin dengan kita, melainkan mereka adalah nenek kandung kita sebelah ibu. Hal ini kerana mereka tidak termasuk dalam golongan wanita yang diharamkan berkahwin dengannya.

Imam al-Nawawi menyatakan di dalam Raudhah al-Talibin:

لَا تَحْرُمُ بِنْتُ زَوْجِ الْأُمِّ، وَلَا أُمُّهُ، وَلَا بِنْتُ زَوْجِ الْبِنْتِ، وَلَا أُمُّهُ، وَلَا أُمُّ زَوْجَةِ الْأَبِ

Maksudnya: “Tidak menjadi mahram akan anak kepada suami ibu (adik beradik tiri), tidak juga ibunya (ibu bapa tiri), tidak juga anak perempuan kepada suami anak perempuan kita (yakni cucu tiri), dan tiada juga ibunya (yakni ibu kepada cucu tiri yang merupakan isteri kepada anak lelaki kita), dan tidak juga ibu isteri kepada bapa (yakni ibu kepada ibu tiri).”[3]

Imam al-Khatib al-Syirbini menyatakan bahawa ibu mertua kepada ayah tidak termasuk dalam kategori wanita yang diharamkan kepada kita dalam ayat tersebut. [4]

Manakala Imam Syamsuddin al-Ramli menyatakan bahawa ibu mertua kepada ayah adalah wanita ajnabi yang perlu kita menjaga batas-batas pergaulan termasuklah tidak bersalam dengannya, kecuali dengan berlapik jika ia selamat daripada fitnah.[5]

Kesimpulan

Justeru, sebagai penutup, kami nyatakan bahawa ibu mertua ayah daripada isteri kedua (nenek tiri) merupakan bukan mahram kepada anak lelaki si ayah sebagaimana hujah yang kami kemukakan dan mesti dijaga batas dan pergaulan antara mereka.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang benar dalam memahami agama ini. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 21 Februari 2022 bersamaan 19 Rejab 1443H

 

[1] Lihat Kasyifah al-Saja, hlm. 114

[2] Surah Al-Nisa’: 23

[3] Lihat Raudhah al-Talibin, 7/112

[4] Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/291

[5] Lihat Nihayah al-Muhtaj, 3/188

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *