Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Bolehkah memindahkan organ atau anggota haiwan yang najis ke badan orang Islam?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Definisi Pemindahan Organ

Sebelum dilebarkan lagi perbincangan ini, kami ingin mengemukakan beberapa definisi perkataan yang berkaitan dengan tajuk bab ini.

  1. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 (hal. 1210), pemindahan ialah perbuatan memindahkan (mengalihkan).
  2. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 (hal. 1103), organ adalah alat dalam tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yang mempunyai tugas yang penting. Dalam Mu’jam al-Wasit, organ ialah bahagian jasad manusia seperti tenaga, kaki dan juga telinga.
  3. World Health Organizationmengistilahkan transplantasi atau transplan sebagai pemindahan sel, tisu atau organ manusia daripada penderma kepada penerima dengan tujuan mengembalikan fungsi-fungsi penting badan.

Secara mudahnya, transplan adalah proses memindahkan dan menggantikan organ atau tisu yang tidak berfungsi dengan organ atau tisu yang sihat dan masih berfungsi daripada orang lain.

Penyelidikan transplan di peringkat antarabangsa bermula sejak kurun ke-18. Ketika ini, ia merupakan rawatan perubatan rutin untuk kegagalan organ penting seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang.

Peningkatan pemahaman terhadap kumpulan darah dan kesepadanan tisu antara penderma dan penerima, penggunaan rawatan anti-penolakan serta teknik pembedahan dan penjagaan selepas pembedahan yang lebih baik, kesemuanya menyumbang kepada outcome lebih baik dan pengurangan risiko penolakan, di mana terdapat kemungkinan sistem pertahanan penerima menolak organ yang telah ditransplankan.

Perkembangan teknologi perubatan dan peningkatan kesedaran telah menyebabkan masyarakat tidak lagi menganggapnya sebagai taboo, dan semakin ramai berpeluang menjalani hidup yang lebih panjang.

Hukum Asas Pemindahan Organ Haiwan ke Tubuh Manusia

Secara umumnya, prinsip asas bagi pemindahan organ melibatkan manusia-haiwan adalah, haram menggunakan najis untuk berubat jika ada bahan yang suci. Bahan najis boleh digunakan jika ia adalah keperluan yang mendesak dan tidak ada bahan yang suci yang boleh digunakan.

Para ulama’ bersepakat tentang haramnya penggunaan najis sebagai bahan ubat namun berbeza pada keharusannya atas sebab darurat. Bagi mazhab Syafie, penggunaan tulang yang dikira najis, tidak dibenarkan kecuali pada keadaan yang amat mendesak dan tidak ada alternatif lain daripada tulang yang suci.

Kata Imam al-Nawawi: “Jika tulangnya patah, maka perlulah ia disambung dengan tulang yang suci. Para ulama’ Syafi’iyyah berkata, ‘Tidak dibenarkan untuk menyambungkannya dengan najis selagi mana mampu dicari yang suci. Sekiranya disambung dengan najis atas hajat, dan tidak ditemui yang suci, ia dianggap uzur (dimaafkan). Sekiranya dia tidak memerlukannya atau menjumpai tulang yang suci [tetapi masih memilih tulang yang najis], dikira berdosa dan wajib untuk dicabut tulang itu [untuk digantikan dengan tulang yang suci] jika dia tidak khuatir memudaratkan dirinya.” [1]

Majma’ al-Fiqh al-Islami Rabitah al-‘Alam al-Islami yang bersidang pada 28 Rabi’ al-Akhir hingga 7 Jamadil Awwal 1405H telah memutuskan bahawa pemindahan organ haiwan kepada manusia mestilah daripada haiwan yang boleh dimakan dan disembelih dengan cara yang syar’ie sahaja. Selain daripada itu, hanya dibenarkan jika ada darurat. [2]

Hal ini juga sebagaimana yang ditegaskan oleh Syeikh ‘Atiyyah Saqar, mantan Mufti Republik Arab Mesir dalam fatwanya bertarikh Mei 1997 pada soalan “Sekiranya tulang seseorang itu patah dan tidak ditemui tulang melainkan tulang haiwan yang dianggap najis, bolehkah disambungkan dengannya?” [3] Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh Syeikh Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq, mantan Mufti Mesir pada 5 Disember 1979 dalam fatwanya. [4]

Apabila bertembung antara pengharaman dan mudarat, kaedah fiqh ini perlu diambil kira:

إذَا تَعَارَضَ مَفْسَدَتَانِ رُوعِيَ أَعْظَمُهُمَا ضَرَرًا بِارْتِكَابِ أَخَفِّهِمَا

Maksudnya: “Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.” [5]

Syeikh Mustafa Al-Zarqa berkata: “[Yang dimaksudkan dengan] meraikan yang paling berat dari keduanya adalah dengan cara meninggalkannya. Ini kerana, mafsadah-mafsadah diraikan dengan dinafikan seperti mana maslahah-maslahah diraikan dengan melakukannya.” [6]

Dalam Surah al-Baqarah ayat 173, Allah SWT menyimpulkan di hujungnya:

فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “…maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [7]

Guru kami, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti meletakkan dua syarat bagi pemindahan organ haiwan yang bersifat najis iaitu:

  1. Pesakit tersebut memerlukan pemindahan organ haiwan najis tersebut, dan disahkan oleh pakar perubatan akan keperluannya.
  2. Tidak ada alternatif organ yang suci.

Jika dua syarat ini dipenuhi, maka tidak ada masalah untuk pemindahan organ tersebut. Ia juga tidak memberi kesan kepada solat dan ibadah yang mensyaratkan kesucian, atas faktor keuzuran dalam menggunakan najis tersebut. [8]

Selain itu, beliau turut menyebut: Memindahkan anggota dan organ sama ada diambil daripada manusia atau haiwan kepada manusia, perlu dilihat:

  • Jika daripada manusia, maka ia dalam dua keadaan sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia. Jika masih hidup, maka ia daripada dua bentuk, sama ada daripada dirinya sendiri, maka hukumnya adalah harus. Adapun daripada orang lain, ketika itu terdapat dua pandangan:
    • Anggota yang tunggal yang membawa kepada matinya seseorang jika dipindahkan, maka hukumnya haram.
    • Anggota yang lain hukumnya jika sekiranya daripada orang Islam kepada orang Islam atau daripada orang Non-Muslim kepada orang Islam, hukumnya harus. Tetapi janganlah organ yang dipindahkan itu testis kerana ia akan melibatkan nasab keturunan.
  • Jika memindahkan organ daripada haiwan, maka ia tidak terlepas daripada dua keadaan:
    • Jikaia adalah suci, maka hukumnya adalah harus.
    • Jika ia adalah najis, maka hukum pemindahan adalah haram, kecuali kerana darurat.

 

Bolehkah Memindahkan Anggota Haiwan Yang Najis Ke Badan Orang Islam?

Syeikh Dr.Yusuf al-Qardhawi berkata dalam Fatawa Mua’sirah: “Seeloknya pemindahan anggota daripada binatang yang dihukumkan najis seperti babi kepada jasad seseorang Islam tidak dilakukan kecuali kerana terpaksa (dharurah). Untuk masalah dharurah ada hukumnya tersendiri. Segala yang diharuskan kerana dharurah dibolehkan mengikut kadarnya. Penentuan kadarnya ditentukan oleh doktor-doktor perubatan Islam yang dipercayai.

Di sini boleh kita katakan bahawa apa yang diharamkan terhadap babi ialah memakan dagingnya seperti yang disebutkan oleh al-Quran di empat tempat. Memindahkan sebahagian daripada anggotanya tidaklah termasuk dalam makna memakannya tetapi termasuk dalam erti mengambil manfaat daripadanya. Sesungguhnya Nabi SAW mengharuskan mengambil manfaat daripada anggota bangkai binatang iaitu kulitnya. Al-Quran telah menyebutkan pengharaman bangkai bersama-sama dengan daging babi. Apabila syarak mengharuskan mengambil manfaat daripada bangkai selain daripada memakannya, maka begitu juga syarak mengharuskan mengambil manfaat daripada babi selain daripada memakannya.

Diriwayatkan dalam hadis sahih bahawa Rasulullah SAW melintasi bangkai seekor kambing lalu bertanya tentangnya kepada sahabat-sahabatnya. Mereka berkata: “Ini adalah bangkai kambing kepunyaan hamba si Maimunah. Baginda bersabda: “Mengapa kamu tidak mengambil kulitnya, disamak dan kamu dapat memanfaatkannya.” Mereka berkata: “Ia adalah bangkai!” Sabda Rasulullah SAW: “Yang diharamkan ialah memakannya.”

Kemungkinan ada orang mengatakan: “Babi itu binatang yang najis, bagaimana pula harus memindahkan sebahagian anggota binatang yang najis kepada badan seorang muslim.” Kita menjawab: “Apa yang diharamkan oleh syarak ialah menanggung najis pada zahir iaitu di luar badan. Manakala menanggung najis di dalam badan pula, tidak ada dalil yang mengharamkannya kerana sememangnya bahagian dalam badan adalah tempat bagi najis seperti darah, air kencing, tahi dan segala benda-benda kotor. Manusia sembahyang, membaca al-Quran dan tawaf di kaabah dengan najis berada di dalam badannya tidakpun memberi apa-apa kesan. Ini adalah kerana sesuatu yang berada di dalam badan tidak terikat dengan hukum najis.”

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 4 April 2022 bersamaan 2 Ramadhan 1443H

The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.

 

[1] Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab3/145

[2] Lihat Qararat al-Majma’ al-Fiqh al-Islami bi Makkah al-Mukarramah (1977-2004), hlm. 158

[3] Lihat al-Fatawa al-Islamiyyah10/258)

[4] Lihat al-Fatawa al-Islamiyyah7/356

[5] Lihat al-Ashbah wa al-Naza’ir, hlm. 76

[6] Lihat Syarh al-Qawa’id a-Fiqhiyyah, hlm. 201

[7] (Surah al-Baqarah: 173)

[8] Lihat Ahkam al-Jirahah al-Tibbiyyah wa al-Athar al-Mutarattibah ‘Alayhahlm. 402

Leave a Reply