Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan

Assalamualaikum wbt. Bilakah 10 malam terakhir bermula? Pada malam ke-20 ataupun pada malam ke-21? Hal ini kerana terdapat dalam kalangan rakan saya yang menyatakan jika Ramadhan itu 29 hari, maka 10 malam terakhir akan bermula pada malam ke 19. Mohon pencerahan

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Sepuluh malam terakhir merupakan malam-malam yang sangat ditunggu di akhir Ramadhan bagi sesiapa yang ingin mengejar Lailatul Qadar. Justeru, pada malam-malam ini hendaklah kita lakukan amalan dan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian dengan mengisinya dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat doa dan seumpamanya, terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Maksudnya:Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya”

Riwayat Muslim (1174)

Daripada ‘Aisyah R.Anha lagi, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الأواخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”

Riwayat Muslim (1175), al-Tirmizi (796)

Ibn Rejab al-Hanbali menukilkan kalam Sufyan al-Thauri, katanya:  “Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadan, aku lebih suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya.” Beliau juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya.” (Lihat Lataif al-Maarif, hlm. 160)

Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan lagi: Sebahagian ulama mazhab Syafie menukilkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar ialah dengan mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua.[4]

Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata:

مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ، فَقَدْ أَخَذَ بِحَظِّهِ مِنْهَا

Maksudnya: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu.

Riwayat Imam Malik di dalam al-Muwata’ (1146)

Bilakah bermulanya 10 Malam Terakhir?

Sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan bermula pada malam kedua puluh satu, sama ada bulan itu berjumlah 30 hari ataupun 29 hari. Hal ini sebagaiaman riwayat Abu Said Al-Khudri, katanya:

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ العَشْرَ الأَوَّلَ مِنْ رَمَضَانَ وَاعْتَكَفْنَا مَعَهُ. فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ، فَقَالَ: إِنَّ الَّذِي تَطْلُبُ أَمَامَكَ. فَاعْتَكَفَ العَشْرَ الأَوْسَطَ، فَاعْتَكَفْنَا مَعَهُ. فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ فَقَالَ: إِنَّ الَّذِي تَطْلُبُ أَمَامَكَ. فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطِيبًا صَبِيحَةَ عِشْرِينَ مِنْ رَمَضَانَ فَقَالَ: «مَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلْيَرْجِعْ، فَإِنِّي أُرِيتُ لَيْلَةَ القَدْرِ، وَإِنِّي نُسِّيتُهَا، وَإِنَّهَا فِي العَشْرِ الأَوَاخِرِ، فِي وِتْرٍ، وَإِنِّي رَأَيْتُ كَأَنِّي أَسْجُدُ فِي طِينٍ وَمَاءٍ». وَكَانَ سَقْفُ المَسْجِدِ جَرِيدَ النَّخْلِ، وَمَا نَرَى فِي السَّمَاءِ شَيْئًا، فَجَاءَتْ قَزَعَةٌ، فَأُمْطِرْنَا. فَصَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى رَأَيْتُ أَثَرَ الطِّينِ وَالمَاءِ عَلَى جَبْهَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَرْنَبَتِهِ تَصْدِيقَ رُؤْيَاهُ

Maksudnya:Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari pertama bulan Ramadhan dan kami pun ikut beriktikaf bersamanya (Baginda SAW). Maka datanglah malaikat Jibril menemui baginda dan berkata: “Sesungguhnya yang engkau cari berada di depanmu.” Maka Baginda pun beriktikaf pada sepuluh hari pertengahan bulan Ramadhan, dan kami pun ikut beriktikaf bersamanya. Lalu malaikat Jibril datang lagi menemui Baginda dan berkata: “Sesungguhnya yang engkau cari berada di depanmu.” Maka Nabi SAW berdiri menyampaikan khutbah pada pagi hari tanggal dua puluh Ramadhan, Baginda bersabda: “Barangsiapa yang beriktikaf bersama Nabi SAW, hendaklah dia kembali beriktikaf kerana sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku malam Lailatul Qadar, namun aku telah dilupakan mengenainya. Sesungguhnya malam itu jatuh pada sepuluh malam terakhir (bulan Ramadhan) pada malam ganjil. Sesungguhnya aku melihat diriku seolah-olah sujud di atas tanah dan air.” Ketika itu atap masjid Nabawi diperbuat daripada pelepah kurma dan kami tidak melihat tanda apapun di langit. Tiba-tiba muncullah gugusan awan lalu turunlah hujan membasahi kami. Nabi SAW solat mengimami kami hingga aku melihat bekas-bekas tanah dan air pada dahi dan hidung Rasulullah SAW sebagai membenarkan mimpi Baginda.”

Riwayat al-Bukhari (813) dan Muslim (1167)

Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Zahir hadith ini menunjukkan bahawa baginda SAW menyampaikan khutbah ini pada pagi hari ke dua puluh, sedangkan hujan itu turun pada malam kedua puluh satu.” (Lihat Fath al-Bari, 4/257)

Dalam lafaz yang lain Abu Said al-Khudri menyatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي رَمَضَانَ العَشْرَ الَّتِي فِي وَسْطِ الشَّهْرِ، فَإِذَا كَانَ حِينَ يُمْسِي مِنْ عِشْرِينَ لَيْلَةً تَمْضِي وَيَسْتَقْبِلُ إِحْدَى وَعِشْرِينَ: رَجَعَ إِلَى مَسْكَنِهِ وَرَجَعَ مَنْ كَانَ يُجَاوِرُ مَعَهُ

Maksudnya: “Sewaktu ketika dahulu, Rasulullah beriktikaf di bulan Ramadhan pada sepuluh malam pertengahan bulan. Pada petang hari setelah dua puluh malam berlalu dan menjelang malam kedua puluh satu, Baginda kembali ke rumah dan orang-orang yang beriktikaf bersamanya juga ikut kembali (ke rumah mereka)”

Riwayat al-Bukhari (2018) dan Muslim (1167)

Berdasarkan hadith ini, jelaslah menunjukkan bahawa sepuluh hari terakhir Ramadhan bermula pada malam ke dua puluh satu.

Disebabkan itu, jumhur ulama’ termasuk imam mazhab yang empat, berpendapat bahawa siapa yang ingin beriktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadan, hendaklah dia mulai masuk masjid sebelum matahari terbenam pada malam kedua puluh satu.

Malam-malam ganjil pada sepuluh malam terakhir ialah, Malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Manakala malam ke 19 bukanlah malam ganjil pada sepuluh malam terakhir sama ada bulan tersebut 29 hari ataupun 30 hari, kerana malam ke 19 masih lagi dalam pertengahan bulan Ramadhan.

Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Lailatul qadar hanya terdapat pada bulan Ramadhan, dan besar kemungkinannya pada sepuluh malam terakhir, dan lebih besar kemungkinannya pada malam-malam ganjilnya. Ia tidak ditentukan pada malam-malam tertentu. Ini merupakan pendapat yang berdasarkan keseluruhan riwayat-riwayat yang menceritakan berkenaan hal ini.” (Lihat Fath al-Bari, 4/260)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa 10 malam terakhir bermula pada malam ke 21 walaupun bulan itu berakhir dengan 29 hari ataupun 30 hari sebagaimana nas yang dikemukakan, bukan pada malam kesembilan belas ataupun malam kedua puluh.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 22 April 2022 bersamaan 20 Ramadhan 1443H

 

[4] Ibid, hlm. 159

 

 

 

 

 

Leave a Reply