Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Bolehkah Datuk ceritakan sedikit berkenaan al-Aswad al-‘Ansi yang mengaku sebagai nabi, dan bagaimanakah dia dibunuh? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَلَٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ

Maksudnya:Akan tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi-nabi.

(Surah al-Ahzab: 40)

Ayat ini menunjukkan bahawa tidak ada nabi lagi sesudahnya. Sekiranya tidak ada lagi nabi selepasnya, maka tidak adanya rasul selepasnya adalah lebih-lebih lagi kerana maqam al-Risalah adalah lebih khusus berbanding maqam al-Nubuwwah. Hal ini kerana setiap rasul itu merupakan nabi, sedangkan nabi belum tentu lagi adalah rasul. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 3/645).

Begitu juga terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مَثَلِي وَمَثَلَ الأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِي، كَمَثَلِ رَجُلٍ بَنَى بَيْتًا فَأَحْسَنَهُ وَأَجْمَلَهُ، إِلَّا مَوْضِعَ لَبِنَةٍ مِنْ زَاوِيَةٍ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَطُوفُونَ بِهِ، وَيَتَعَجَّبُونَ لَهُ، وَيَقُولُونَ هَلَّا وُضِعَتْ هَذِهِ اللَّبِنَةُ؟ قَالَ: فَأَنَا اللَّبِنَةُ وَأَنَا خَاتِمُ النَّبِيِّينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya perumpamaanku dengan para nabi sebelumku adalah seperti seorang lelaki yang membina rumah, lalu dia menghiasi dan memperindahkan rumah itu, kecuali satu tempat bata yang berada di suatu sudut. Manusia mengelilingi rumah itu dan merasa takjub. Mereka berkata: ‘Alangkah baiknya diletakkan satu bata ini (untuk dipenuhkan satu ruang yang lompong).’ Baginda bersabda: ‘Akulah bata itu, dan aku adalah penutup bagi seluruh nabi.’

Riwayat al-Bukhari (3535)

Hadith di atas dapat difahami bahawa perbandingan Nabi SAW dengan para nabi terdahulu adalah seperti bata yang menyempurnakan suatu binaan. Hal ini kerana syariat-syariat terdahulu menjadi sempurna (lengkap) melalui Nabi SAW. Sekalipun begitu, bukanlah maksudnya ajaran-ajaran terdahulu (syariat yang dibawa oleh rasul terdahulu) adanya kekurangan, bahkan setiap syariat tersebut adalah sempurna sesuai dengan zamannya. Akan tetapi syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah syariat yang paling sempurna dan lengkap. Seterusnya, dijelaskan juga bahawa tidak akan berlakunya lagi kenabian kepada mana-mana manusia selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW dan dianugerahkan kepadanya dengan kenabian tersebut. (Lihat Manar al-Qari Syarh Mukhtasar sahih al-Bukhari, 4/238-239).

Berkenaan dengan al-Aswad al-‘Ansi, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ أُتِيتُ بِخَزَائِنِ الأَرْضِ، فَوُضِعَ فِي كَفِّي سِوَارَانِ مِنْ ذَهَبٍ، فَكَبُرَا عَلَيَّ، فَأَوْحَى اللهُ إِلَيَّ أَنِ انْفُخْهُمَا، فَنَفَخْتُهُمَا فَذَهَبَا، فَأَوَّلْتُهُمَا الكَذَّابَيْنِ اللَّذَيْنِ أَنَا بَيْنَهُمَا، صَاحِبَ صَنْعَاءَ، وَصَاحِبَ اليَمَامَةِ

Maksudnya: “Ketika aku sedang tidur, didatangkan kepadaku perbendaharan bumi, lalu diletakkan di telapak tanganku dua gelang emas, maka hal itu terasa sangat berat bagiku. Kemudian diwahyukan kepadaku agar meniup keduanya. Aku meniup keduanya lalu keduanya pergi. Aku menafsirkan bahawa keduanya ialah dua orang pendusta yang aku berada di antara keduanya, iaitu Pemimpin San‘a’ (al-‘Ansi) dan pemimpin Yamamah (Musailimah).

Riwayat al-Bukhari (4375)

Selain daripada itu, Ibn Abbas R.Anhuma turut menyebutkan bahawa beliau bertanya berkenaan sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya engkau yang diperlihatkan kepadaku dalam mimpiku.” Maka Abu Hurairah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ، رَأَيْتُ فِي يَدَيَّ سِوَارَيْنِ مِنْ ذَهَبٍ، فَأَهَمَّنِي شَأْنُهُمَا، فَأُوحِيَ إِلَيَّ فِي المَنَامِ: أَنِ انْفُخْهُمَا، فَنَفَخْتُهُمَا فَطَارَا، فَأَوَّلْتُهُمَا كَذَّابَيْنِ يَخْرُجَانِ بَعْدِي. أَحَدُهُمَا العَنْسِيُّ، وَالآخَرُ مُسَيْلِمَةُ

Maksudnya:Ketika aku sedang tidur, aku melihat dua gelang emas di tanganku. Keduanya membuat aku berasa risau. Maka diwahyukan kepadaku dalam mimpi itu, ‘hendaklah engkau meniup keduanya.’ Aku pun meniup keduanya, maka keduanya terbang (lenyap). Aku menafsirkan keduanya ialah pendusta yang akan keluar sesudahku. Salah seorangnya ialah al-‘Ansi dan seorang lagi ialah Musailimah.”

Riwayat al-Bukhari (4374)

Diceritakan bahawa setelah Rasulullah SAW mengutus Mu‘az bin Jabal dan Abu Musa al-Asy‘ari ke Yaman bagi mengajar penduduknya berkenaan syariat Islam. Telah muncul di Yaman pada tahun yang sama al-Aswad al-‘Ansi, atau nama sebenarnya ialah ‘Abhalah bin Ka‘ab bin Ghauth, dan dia telah mengaku sebagai nabi (menerima wahyu). Kemudian fitnah tersebut semakin hebat sehingga keadaan menjadi semakin teruk, di mana dia telah berangkat bersama 700 orang pejuang dari sebuah negeri di Yaman yang dipanggil “Kahf Khubban”. Dia telah menulis surat kepada para wakil Nabi SAW di Yaman dengan menyebutkan, “Wahai orang-orang yang menjajah kami, kembalikan kepada kami harta yang kamu telah ambil daripada hasil tanah kami, kembalikan apa yang kamu kumpulkan kerana kami lebih berhak untuk memilikinya, dan kamu tetap sebagaimana biasa dengan apa yang kamu miliki.”

Setelah itu, dia menuju ke Najran dan berjaya menaklukkannya selepas sepuluh malam dari waktu berangkatnya. Kemudian dia meneruskan pula perjalanannya ke San‘a’. Di sana dia telah dicabar oleh Syahr bin Bazam yang mengajaknya untuk berlawan secara bersemuka (yakni satu lawan satu). Lalu kedua-duanya saling berlawan. Akhirnya al-Aswad telah mengalahkan Syahr dan berjaya membunuhnya, sekaligus melumpuhkan pasukan tenteranya yang terdiri daripada orang al-Abna’. Lalu al-Aswad telah menguasai negeri San‘a’ setelah 25 malam dari waktu berangkatnya. Maka Mu‘az bin Jabal telah melarikan diri dari sana dan bertemu Abu Musa al-Asy‘ari, lalu kedua-duanya pergi menuju ke Hadhramaut. Kemudian ‘Amr bin Hazm dan Khalid bin Sa‘id bin al-‘As kembali ke Madinah. Dengan itu, seluruh Yaman telah jatuh ke tangan al-Aswad al-‘Ansi dan berjaya dikuasainya. Lalu tersebarlah fitnah.

Jumlah pasukan tenteranya ketika berhadapan dengan Syahr adalah seramai 700 pasukan berkuda. Barisan panglimanya pula ialah Qais bin Abd Yaghuth al-Muradi, Mu‘awiyah bin Qais, Yazid bin Mukhazzam, Yazid bin Husain al-Harithi dan Yazid bin al-Afkal al-Azdi. Kerajaannya menjadi kuat dan kukuh, sehingga susah untuk dikalahkan. Malah, sejak itu juga ramai penduduk Yaman telah murtad. Kaum Muslimin yang masih tinggal sana terpaksa hidup dengan cara bertaqiyyah. Gabenor untuk wilayah Mazhij ialah ‘Amr bin Ma‘di Karib. Urusan ketenteraan diserahkan kepada Qais bin ‘Abd Yaghuth, manakala urusan al-Abna’ diserahkan kepada Fairuz al-Dailami dan Dazawaih. Selain itu, al-Aswad telah mengahwini isteri Syahr bin Bazam (orang yang dibunuhnya dahulu), yang merupakan anak saudara kepada Fairuz al-Dailami dan bernama Azad. Azad ialah seorang wanita yang baik dan cantik. Di samping itu, dia juga adalah seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Muhammad SAW, serta termasuk dalam kalangan wanita solehah.

Saif bin Umar al-Tamimi menyebutkan, Rasulullah SAW telah mengutus surat bersama seorang lelaki yang dipanggil Wabar bin Yuhannis al-Dailami ketika sampai kepada Rasulullah SAW khabar berita mengenai al-Aswad al-‘Ansi. Dalam surat itu, Baginda SAW memerintahkan kaum Muslimin di sana untuk memerangi al-Aswad al-‘Ansi. Mu‘az bin Jabal dan orang-orang yang bersamanya menerima surat tersebut dan menyampaikan surat tersebut kepada wakil-wakil Rasulullah SAW di Yaman.

Kemudian, mereka telah bersetuju untuk berpakat dengan Qais bin ‘Abd Yaguth (panglima tentera al-Aswad) bagi membunuhnya. Hal ini disebabkan oleh perbuatan al-Aswad yang menghina dan meremehkannya. Selain itu, mereka juga turut berpakat dengan Fairuz dan Dazawaih. Bukan itu sahaja, malah isteri al-Aswad, Azad turut bergabung dengan mereka bagi membuat perancangan membunuhnya. Azad berkata: “Demi Allah tidak pernah aku membenci seseorang lebih daripada kebencianku kepadanya, dia tidak pernah sedikitpun menunaikan kewajibannya kepada Allah dan tidak pula mahu mencegah dirinya daripada hal-hal yang diharamkan Allah. Jika kamu telah siap dan berazam untuk membunuhnya, beritahulah kepadaku, aku akan membantu kamu.”

Ringkasnya, isteri al-Aswad iaitu Azad memberitahu bahawa tidak ada satu rumahpun kecuali adanya pengawal yang mengawal disekelilingnya melainkan sebuah rumah dan dia juga memberitahu mengenai kedudukan al-Aswad ketika tidur, di samping turut meletakkan lampu dan senjata dalam rumah tersebut. Pada suatu malam, apabila al-Aswad sedang tidur di rumah tersebut, mereka memasukinya dan mendapati ada lampu di bawah piring. Lalu Fairuz maju mendekati al-Aswad yang sedang tidur di atas katil yang dibuat daripada sutera. Ketika itu, al-Aswad tidur dalam keadaan mabuk sambil berdengkur, dan isterinya pula sedang duduk di sisinya. Ketika mana Fairuz berdiri di hadapan pintu bilik, tiba-tiba syaitan al-Aswad mendudukannya sambil berkata melalui lisan al-Aswad (sedangkan ketika itu dia tidur dan masih berdengkur): “Ada apa antara aku dan dirimu, wahai Fairuz?”

Fairuz takut jika dia kembali, dirinya dan isteri al-Aswad iaitu Azad akan binasa, maka dengan segera dia mencekik al-Aswad yang besarnya seperti seekor unta, kemudian menarik kepalanya dan memotong lehernya, sambil melipatkan kedua lututnya ke arah belakang tubuh hingga akhirnya Fairuz berhasil membunuhnya. Setelah itu, Fairuz segera bangkit berdiri untuk memberitahu kepada rakan-rakannya. Kemudian mereka masuk untuk memenggal kepalanya, namun syaitannya berusaha menggerak-gerakkan kepalanya. Justeru, belum sempurna al-Aswad terbunuh sehinggalah dua orang daripada mereka duduk di atas belakangnya, manakala wanita itu pula menarik rambutnya, sedangkan ketika itu mulut al-Aswad masih lagi berkata-kata, lalu salah seorang daripada mereka memenggal kepalanya, dan dia menjerit sekuat-kuatnya seolah-olah lembu jantan yang disembelih. Ketika pengawalnya datang bertanya berkenaan suara itu, isterinya menjawab: “Itu ialah suara nabi sedang menerima wahyu.” Akhirnya mereka kembali.

Setelah itu, Qais, Dazawaih dan Fairuz duduk berbincang tentang bagaimana caranya untuk menyampaikan berita kematian al-Aswad kepada para pengikutnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyampaikannya melalui laungan azan yang merupakan syiar kaum Muslimin. Apabila menjelang waktu pagi, salah seorang daripada mereka iaitu Qais berdiri di atas dinding kubu melaungkan azan. Lalu berkumpulah seluruh kaum Muslimin dan orang-orang kafir di sekitar kubu, maka Qais — sebahagian berpendapat, Wabar bin Yuhannis — melaungkan kalimat, “Aku bersaksi bahawasanya Muhammad pesuruh Allah dan ‘Abhalah itu adalah seorang pendusta,” sambil melemparkan kepalanya ke tengah-tengah mereka. Maka seluruh pengikutnya bertebaran melarikan diri dan orang ramai sibuk mengejar mereka di setiap jalan sambil menawan mereka. Dengan demikian Islam dan kaum Muslimin menang, dan para wakil Rasulullah SAW kembali kepada pekerjaan mereka masing-masing. Manakala ketiga-tiga orang tadi berselisih mengenai siapa yang akan menjadi pemimpin, akhirnya mereka bersepakat untuk melantik Muaz bin Jabal sebagai imam solat. (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/429-435).

Ibn Kathir juga ada menyebutkan bahawa peristiwa pembunuhan al-Aswad al-‘Ansi ini berlaku pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah, beberapa malam sebelum kewafatan Baginda SAW. Namun, ada juga yang berpendapat, sehari sebelum kewafatan Baginda. (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/506).

Selain daripada itu, diceritakan juga bahawa semasa pembunuhan al-Aswad, Rasulullah SAW mendapat wahyu berkaitannya lalu memberitahu para sahabat. Setelah itu, datanglah berita dari Yaman kepada Abu Bakar al-Siddiq R.A (Lihat Fath al-Bari, 8/93; al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 789).

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 21 Februari 2023 bersamaan 30 Rejab 1444H

Leave a Reply