Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:

Bagaimana kedudukan qaul al-sahabi atau pendapat sahabat?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Saya mulakan dengan definisi sahabat. Ibn Hajar al-Asqalani dalam al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah berkata bahawa sahabat Nabi adalah orang-orang yang berjumpa dengan Nabi dalam keadaan beragama Islam, dan meninggal juga dalam keadaan Islam.

Antara sahabat Nabi SAW adalah seperti Abu Bakar R.A, Umar R.A, Uthman R.A, Ali R.A dan lain-lain. Cukuplah seperti yang dinyatakan dalam al-Rahiq al-Makhtum ketika mana Nabi menyampaikan khutbah al-Wada’, sahabat yang mendengarnya seramai 124,000 atau 144,000. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 670)

Berkenaan dengan soalan di atas, kami nukilkan daripada Ibn Hamdan al-Harrani al-Hanbali yang berkata: 

Dan adapun ucapan dan pendapat para sahabat dan mazhab-mazhab mereka, maka dalam hal ini terdapat dua mazhab (pandangan):

  • Yang paling sahih adalah: Ia merupakan hujah dan dibolehkan untuk mengikut mereka dalam hal tersebut.
  • Pendapat lain mengatakan: (Sekiranya pendapat-pendapat mereka itu bercanggahan dengan qiyas), adakah itu menjadi satu taqlid sebagaimana yang telah kita sebutkan?

Maka yang zahirnya adalah: Itu adalah suatu taqlid kepada golongan yang berada di bawah mereka.[1]

Sekiranya kita mengatakan: (Bahawa keduanya itu bukan hujah), maka mereka (para sahabat) tidak ditaqlid (diikuti). Dan pendapat ini adalah jauh dari kebenaran.

Dan menjadi tuntutan ke atas orang jahil untuk mengikuti mereka (para sahabat) dengan syaratnya, sebagaimana para imam yang lain.

Tidak diambil kira ucapan al-Ghazali di dalam kitab (al-Mankhul) yang menyebut: ‘’Wajib bertaqlid kepada al-Syafie dan tidak dibolehkan bertaqlid kepada Abu Bakr dan Umar’’.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

اقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ

Maksudnya: “Ikutlah kalian dengan dua orang selepasku iaitu Abu Bakr dan Umar.”

Riwayat Imam Ahmad (23245), al-Tirmizi (3662), al-Hakim (4516) dan al-Baihaqi (10056).

Begitu juga sabda Nabi SAW:

 فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

Maksudnya: “Maka ke atas kalian sunnahku dan sunnah para khulafa al-rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.”

Riwayat Imam Ahmad (17144), Ibn Majah (42), Abu Daud (4607) dan al-Tirmizi (266).

Dan sabda Nabi SAW:

أَصْحَابِي كَالنُّجُومِ بِأَيِّهِم اِقْتَدَيْتُمْ اِهْتَدَيْتُمْ

Maksudnya: “Para sahabatku ibarat bintang-bintang. Dengan sesiapa sahaja kalian ikuti nescaya kalian akan mendapat petunjuk.”

Riwayat al-Baihaqi dan al-Dailami. Hadis ini dihukum sebagai Dhaif Jiddan. Ada sebahagian muhaddis menghukumkan hadis ini sebagai maudhu’. Lihat juga dalam al-Ibanah al-Kubra oleh Ibn Batthah (no. 702) dan Jami’ Bayan al-‘Ilm oleh Ibn ‘Abd al-Barr (no. 1760).

Dibolehkan untuk bertaqlid dalam hal khabar-khabar, bagi seseorang yang merupakan ahli riwayat, ahli fekah, dan dia yang mempunyai kepakaran. Tidak cukup berpada dengan ‘adalah (keadilan) dirinya dan juga ‘adalah Bahkan hendaklah kita mengetahui kelayakan seseorang dalam bidang tersebut.

Dikatakan: (Wajib untuk bertaqlid kepada orang yang dipercayai dari kalangan ahli riwayat dan golongan pakar (dalam hal perkhabaran-perkhabaran), disebabkan hajat yang memerlukan kepadanya, ke atas sesuatu perkara yang kita tidak ketahui, disebababkan tidak ada petunjuk ke atasnya. Ini kerana, keadilan seseorang yang mengkhabarkan bukan merupakan suatu bukti sahnya perkhabaran tersebut. Sebagaimana keadilan seorang ‘alim bukan merupakan satu dalil benarnya fatwa yang dia keluarkan.

Sesungguhnya dalil itu terkhusus dengan ucapan yang dinukilkan dari hukum atau khabar, bukannya terkhusus dengan orang yang mengucapkannya dari sudut keadilan dan kebenaran. (Lihat Sifat al-Mufti wa al-Mustafti, hlm. 154, terjemahan dan ta’liq dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Dikatakan bahawa Imam al-Laith telah mengambil pendapat para sahabat jika mereka sepakat, sebaliknya, jika sebahagian mereka memberi pendapat dan tidak diketahui mana-mana sahabat yang menyalahinya, juga diambil pendapat tersebut. Adapun jika terdapat banyak pandangan para sahabat, maka dia pilih dari kalangan mereka yang pendapatnya lebih tenang pada jiwanya. Dan sekali-kali dia tidak keluar daripada semua pendapat tersebut. (Lihat Manahij al-Tasyri’, 2/546 oleh Dr Baltaji dan juga al-Fatwa Nashatuha wa Tatawwuruha, hlm. 286)

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita semua kebaikan dan kefahaman dalam agama. Amin. Wallahu a’lam.

Bertarikh: 28 Mac 2023 bersamaan 6 Ramadhan 1444H

Leave a Reply