#1894: Isteri Tidak Mahu Anak

-25%
Percuma Al-Quran
Out of stock
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Size Pocket

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

RM15.00

Buku Fizikal

Imam Mahdi

RM13.00

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

RM13.00

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

RM13.00
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan:

Assalamualaikum Daro’ Seri. Adakah isteri boleh menolak permintaan suami untuk memiliki anak? Sekiranya suami sudah mempersiapkan pelbagai perkara dari sudut kewangan, ilmu, amanah dan berasa bersedia untuk menerima cahaya mata, adakah isteri boleh menolak tanpa sebarang sebab jika isteri tidak mahu? Atau itu termasuk dalam perkara yang isteri wajib taat pada suaminya. Terima kasih.

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Anak merupakan satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan yang mendirikan rumahtangga. Sepertimana firman Allah SWT:

يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ

Maksudnya: “… dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.”

(Surah al-Syura : 49)

Begitu juga, dalam ayat yang seterusnya:

أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki Nya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”

(Surah al-Syura: 50)

Menurut Syeikh al-Maraghi dalam tafsirnya, Allah SWT mampu untuk mengurniakan anak lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan tidak menganugerahkan keturunan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 13/6174)

Kembali kepada soalan di atas, sewajarnya saudara cuba berbincang dengan baik dengan isteri saudara. Dari situ dapatlah difahami sebab dan kenapa sebenarnya beliau mengambil sikap yang pasif berkenaan dengan anak. 

Mungkin juga, bukan semata-mata penyediaan secara fizikal dan material tetapi mungkin tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu saudara tingkatkan lagi sebagai contoh, isu berjaga malam untuk anak dan bayi yang sakit. Maka, di situ sikap saudara dapat menentukan duduk perkara sebenar situasi seperti ini terjadi. 

Saudara mungkin boleh juga mengajak isteri saudara menuju ke majlis-majlis ilmu yang terkait dengan isu kehidupan berumahtangga dan juga cahaya mata. Banyak kelebihan yang diperolehi apabila kedamaian rumahtangga dan kebahagiannya dapat dipupuk. Natijah daripada itu, tidak mustahil isteri saudara akan patuh dan redha serta sentiasa bersama kehendak saudara.

Untuk itu, islahkan diri saudara terlebih dahulu dengan sebaik mungkin, maka sudah tentu akan membawa kepada kebaikan kepada diri saudara. Makanya, tidak akan timbul lagi soal khilaf atau perasaan tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak. Sebaliknya, ia menjadi cukup baik.

Kami ada mengemukakan sebuah buku bertajuk Baiti Jannati yang sarat dengan nasihat. Kami kemukakan di sini 4 hadith Nabi SAW.

  • Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ الدِّيْنَ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِى

Maksudnya: “Apabila hamba Allah berkahwin, ia telah melengkapi sebahagian agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (5486). Dinyatakan sebagai hasan dalam Sahih al-Jami’ (430)

Kesempurnaan agama bergantung kepada perkahwinan dan ketakwaan. Ini pada ghalibnya (kebiasaannya) jika dilakukan sebahagian sudah pasti diringankan yang lain pula.

  • Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

أَرْبَعٌ مَنْ أُعْطِيَهُنَّ فَقَدْ أُعْطِيَ خَيْرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ: قَلْبًا شَاكِرًا وَلِسَانًا ذَاكِرًا، وَبَدَنًا عَلَى الْبَلاَءِ صَابِرًا، وَزَوْجَةً لاَ تَبْغِيْهِ حُوْبًا فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Maksudnya: “Empat perkara yang jika dikurniakan kepada seorang bererti, ia telah dikurniakan kebajikan di dunia dan akhirat: Hati yang bersyukur, lidah yang berzikir, badan yang sabar menerima cubaan dan isteri yang tidak ingin berbuat derhaka terhadap dirinya sendiri dan terhadap harta suaminya.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (7212) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4429). Al-Haithami menyebut dalam Majma’ al-Zawa’id (4/276) bahawa perawinya adalah perawi al-Sahih. 

Berbahagialah sesiapa yang memperolehi keempat-empat perkara tersebut, antaranya isteri yang solehah dan kebahagiaan hingga ke hari akhirat.

  • Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللَّهِ خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ ‏”‏ ‏.‏

Maksudnya: “Tidaklah seorang beriman selepas takwa kepada Allah mendapat banyak faedah lebih baik baginya daripada isteri yang solehah, jika disuruhnya nescaya ia mentaatinya. Dan jika melihat kepadanya, ia merasa sukacita, dan jika bersumpah atasnya, nescaya isteri tersebut menunaikannya. Jika suaminya keluar rumah, nescaya dia menjaga kehormatan dan harta suaminya.” 

Riwayat Ibn Majah (1857), al-Tabarani (8/264), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (43/279). Al-Suyuti menyatakan hadith ini hasan dalam al-Jami’ al-Saghir (7792)

  • Dan daripada Abdullah bin Amr RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.”

Riwayat Muslim (1467)

Sesungguhnya, mereka yang mempunyai isteri yang solehah sudah pasti mendapat ketenangan dalam jiwa sebagaimana yang terdapat dalam banyak nas al-Quran dan hadis. Begitu juga sesiapa yang memperolehi suami yang soleh sudah pasti membahagiakan pasangan dan keluarga masing-masing. Hadis seterusnya pula menunjukkan sebaik-baik perhiasan ialah isteri yang solehah. 

Ini menggambarkan betapa hebatnya isteri solehah yang sudah pasti melahirkan generasi dan zuriat solehah serta menjadi penyejuk mata suaminya. tambahan pula isteri solehah datang dalam bentuk pakej kesempurnaan seperti yang dinyatakan dalam hadis Baginda SAW di mana wanita tersebut mempunyai harta benda yang melambangkan kekayaan, rupa paras yang menarik, mempunyai keturunan yang baik dan mulia serta kefahaman agama dan pegangannya yang utuh.

Saya doakan semoga saudara dan isteri bertambah erat kasih sayang, mawaddah, mahabbah dan rahmah. Akhir kalam, marilah kita berdoa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Surah al-Furqan (74)

Bertarikh: 22 Jun 2023 bersamaan 3 Zulhijjah 1444 H

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *