Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh jelaskan tentang metodologi Dato’ Seri dalam mensyarahkan hadis 40?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Dalam mensyarahkan kitab Arba’in Nawawiyah dan Jami’ al-Ulum wa al-Hikam ini, penulis menamakan kitab ini dengan Al-Kafi, yang memberi makna mencukupi, dan Tatmim al-Kafi yang memberi makna pelengkap bagi al-Kafi. Kitab ini merupakan siri kitab hadis yang diterbitkan oleh Pustaka Cahaya Kasturi. Kitab ini disyarah mengikut metodologi seperti berikut:

Pada Muqaddimah dinyatakan biografi Imam Nawawi dan keistimewaan kitab al-Arba’in Nawawiyyah berserta dengan beberapa syarahnya. 

  1. Begitu juga, dinyatakan biografi Imam Ibn Rejab al-Hanbali dan keistimewaan kitab Jami’ al-Ulum wa al-Hikam berserta kisah kisah yang berkaitan dengannya pada halaman Muqaddimah. 

iii. Susunan syarahan kitab Jami’ al-Ulum wa al-Hikam dimulakan dengan:

  •  Tajuk.
  •  Matan Hadis.
  •  Terjemahan Hadis.
  •  Takhrij Hadis.
  •  Biografi Ringkas Perawi. Jika berlaku pengulangan, maka cukup sekali sahaja.
  •  Keistimewaan Hadis.
  •  Ulama dan Hadis ini.
  •  Sebab Wurud Hadis.
  •  Hadyu al-Nabawi dan Istifadah Hadis.
  •  Aplikasi Hadis Dalam Kehidupan.

 

Semoga dengan cara ini akan dapat memberi kefahaman kepada kita dalam memahami kedudukan hadis Rasulullah SAW yang telah dimuatkan oleh Imam al-Nawawi dan juga Imam Ibn Rejab al-Hanbali.

Saya berdoa dan memohon kepada Yang Maha Kuasa agar mengurniakan kepada kita semua petunjuk, hidayah dan sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan dengan sebanyaknya dan istiqamah sentiasa atas agamaNya.

Begitu juga diharap buku ini memberi manfaat kepada perjalanan hidup ini sebagai panduan yang amat berguna. Amin Ya Rabbal Al Alamin.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untuk kami.”

Wallahu a’lam

Bertarikh: 4 September 2023 bersamaan 18 Safar 1445

Leave a Reply