Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. saya berhajat hendak menamakan anak perempuan yang baru lahir. Untuk lebih kepastian nama INARA membawa maksud yang baik? Melalui pembacaan dan carian, ia membawa maksud berkarisma, bercahaya dan pintar.
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Maksud Inara
Inara (إنارة) bermaksud bercahaya. (Lihat Kamus al-Ma’ani)[1]
Berbalik kepada soalan di atas, kami nyatakan nama Inara, adalah nama yang baik, maka tidak menjadi masalah menamakan anak saudari dengannya. Suka untuk kami nasihati supaya berilah nama yang sesuai dengan sifat kita sebagai manusia dan elakkanlah dari menggunakan nama yang khusus bagi Allah SWT kerana Allah itu sifatnya sempurna dari segala kekurangan.
Diriwayatkan oleh Abu Darda bahawa rasulullah SAW bersabda:
إِنَّكُمْ تُدْعُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya : Sesungguhnya pada hari kiamat kalian akan dipanggil dengan nama-nama kalian dan nama bapa-bapa kalian, maka perelokkanlah nama kalian.
Riwayat Abu Daud (4948)
Begitu juga, kami mengesyorkan menamakan anak dengan nama-nama para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Khadijah, Aminah, Fatimah dan sebagainya. Semoga anak tuan menjadi anak yang soleh yang tinggi kehormatan dan akhlaknya serta menjadi penyejuk mata hati sekeluarga. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(Surah al-Furqan: 74)
[1] https://www.almaany.com/ar/dict/ar-id/%D8%A5%D9%86%D8%A7%D8%B1%D8%A9/
Bertarikh: 13 September 2023 bersamaan 27 Safar 1445