Agihan Juadah Berbuka Puasa oleh Pejabat Pengerusi LPU, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Al-Makrifah.

Petang 3 April 2022, saya meninjau proses agihan juadah berbuka puasa yang diuruskan oleh Pejabat Pengerusi LPU, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Al-Makrifah.

Sasaran kami adalah para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia – USIM di Kolej Kediaman Nilam Court, Kolej Kediaman Sutera Indah, Anggerik Court (bergilir) dan penduduk sekitar (setiap hari).

Bermula hari ini sehingga penghujung Ramadhan, juadah berbuka puasa untuk 350-400 orang diagihkan oleh pasukan saya. Mereka akan menguruskan juadah bermula daripada membeli barang mentah, memasak, hinggalah menghantar ke setiap kolej kediaman berkenaan. Di sana, pihak Jawatankuasa Siswa Siswi (JAKSA) akan membantu untuk agihan.

Saya mengambil kesempatan sebelum berbuka puasa tadi untuk meninjau proses agihan, dan berbual-bual dengan mahasiswa yang ada. Turut hadir, Dr. Rashid selaku Pegetua Kolej Kediaman Sutera Indah USIM.

Bagi yang berminat untuk menyumbang, sumbangan tajaan berbuka puasa anjuran Surau Al-Makrifah boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05058010036419 atau ke laman web

https://suraumakrifah.com/donations/dapurfest/

Alhamdulillah, menu hari ini adalah Nasi Kukus Ayam Berempah.

One thought on “Agihan Juadah Berbuka Puasa oleh Pejabat Pengerusi LPU, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Al-Makrifah.

  1. Pingback: Agihan Juadah Berbuka Puasa oleh Pejabat Pengerusi LPU, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Al-Makrifah. - Neotizen News

Leave a Reply

Your email address will not be published.