Bantuan #MusaadahKeluargaUSIM

Memulakan hari Jumaat di Universiti Sains Islam Malaysia – USIM dengan menyampaikan bantuan #MusaadahKeluargaUSIM berupa barang asas seperti beras, minyak, dan lain-lain kepada hampir 200 orang kakitangan sokongan terdiri daripada Pembantu Operasi, Pembantu Kemahiran, Pemandu, Pembantu Awam, Pembantu Perawatan Kesihatan, dan Pengawal Keselamatan.

Turut mengiringi saya adalah Pendaftar USIM,

YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali dan wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) USIM.

Insya-Allah program ini akan menjadi rutin bagi Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah untuk menyantuni semua lapisan warga USIM. Dalam masa terdekat, USIM akan menubuhkan sebuah pusat “soup kitchen” Dapur It’am bagi menyediakan makanan tengahari percuma kepada mahasiswa dan staf yang kurang berkemampuan.

Selepas program, saya turut berkesempatan mengunjungi Studio Pusat Kebudayaan USIM di bawah teraju Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed. Tahniah saya ucapkan atas usaha yang telah dilaksanakan. Ia amat mengagumkan.

#KampusBarakah ini akan terus memperkukuh peranan Pusat Wakaf dan Zakat USIM bagi manfaat warga USIM. Universitiku, syurgaku. Inilah yang kita mahukan, insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *