Beramah Mesra Dengan Para Pelajar Kolej Genius Insan

Semalam 8 April 2022, saya mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para pelajar Kolej Genius Insan di bawah Universiti Sains Islam Malaysia – USIM. Mereka adalah anak-anak terpilih daripada seluruh negara yang telah melepasi pelbagai saringan dan mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi iaitu IQ 130 dan ke atas, berbeza dengan tahap IQ kebiasaan.

Kolej Genius Insan memfokuskan para pelajar aliran STREAM (Science, Technology, Religion, Ethics, Art, Mathematics) bersama kecenderungan serta minat yang mendalam terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.

Saya amat gembira dapat berbual dengan mereka. Pelbagai bentuk soalan yang saya dapat dan ada antaranya, di luar jangkaan dan kemampuan remaja sebaya mereka. Hari ini saya sumbangkan RM2,000 kepada Kolej Genius Insan untuk juadah yang lebih istimewa bagi anak-anak pelajar ini berbuka puasa pada malam ini.

Bermula semalam, Pejabat Ahli Dewan Negara, Pejabat Pengerusi LPU USIM dan Surau Al-Makrifah bersetuju untuk meningkatkan jumlah agihan juadah berbuka puasa kepada mahasiswa USIM dan orang ramai daripada 350 pax kepada 500 pax setiap hari. Ini menjadikan jumlah perbelanjaan mencecah RM5,000 setiap malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *