Berbuka Puasa dengan Anak-Anak Mahasiwa dan Mahasiswi Fakulti Pergigian (FPg) Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Hari ini 15 april 2022, berbuka puasa dengan lebih 200 orang anak-anak mahasiwa dan mahasiswi Fakulti Pergigian (FPg) Universiti Sains Islam Malaysia – USIM. Alhamdulillah nampak seronok mereka, bertambah-tambah bila menunya Nasi Arab.

Mula-mula mereka ingatkan burger Ramly. Bila buka plastik pembungkus, Nasi Arab! Bagi saya, Nasi Arab Ramly ada keenakan yang tersendiri. Mungkin boleh diperkenalkan dalam menu baharu.

Sekalung penghargaan, terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada Dato’ Haji Ramly bin Mokni, Pengasas dan Pemilik Ramly Burger – Official atas tajaan Nasi Arab Kambing dan Nasi Arab Ayam kepada warga FPg.

Hubungan saya dengan Dato’ Haji Ramly telah terbina sejak saya bergelar Mufti dan terus erat sehinggalah hari ini. Peluang kerjasama USIM dan Ramly Food Processing Sdn. Bhd. semestinya adalah antara hal yang pasti saya usahakan demi manfaat mahasiswa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *