#415: Berdoa Semasa Khutbah

-29%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha

Rated 0 out of 5
RM5.00
-44%
Ebook

Siri Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud

Rated 0 out of 5
RM5.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Demi Masa: Peliharalah

Rated 0 out of 5
RM5.00
-50%
Rated 0 out of 5
RM60.00
-60%
Rated 0 out of 5
RM20.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 1)

Rated 0 out of 5
RM6.00

Kajian Al-Fitan Wa Al-Malahim

Tanda-tanda Kecil Kiamat (Siri 2)

Rated 0 out of 5
RM6.00
Rated 0 out of 5
RM5.00

Inspirasi Hidup

Ulama Memelihara Masa

Rated 0 out of 5
RM5.00

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Biasanya masa antara dua khutbah adalah terlalu sekejap dan singkat untuk berdoa. Jadi, bolehkah saya berdoa semasa khatib menyampaikan khutbah? Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:

فِيها سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”[1]

Sambil bersabda, Baginda mengisyaratkan ketika yang sedikit itu dengan tangannya.

Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadith ini di dalam al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (6/140), antaranya:

Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.

Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.

Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.

Justeru, waktu untuk kita berdoa adalah terbuka luas dan pendapat yang kami pilih adalah pendapat yang kedua berdasarkan nas hadis.

Oleh kerana itu, persoalan untuk berdoa ketika khatib sedang membaca khutbah adalah tidak dibolehkan. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ. وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ

Maksudnya: “Apabila kamu berkata ‘diam’ kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika imam membaca khutbah maka sia-sialah Jumaat kamu.”[2]

Para ulama’ telah berijma’ bahawa afdhal (sebaik-baiknya) bagi sesiapa yang mendengar khutbah imam untuk diam dan dengar. Perbuatan itu lebih afdhal daripada dia menyibukkan diri dengan berzikir secara sendiri, membaca al-Quran atau berdoa.[3]

Saidina Ali RA meriwayatkan:

وَمَنْ لَغَا فَلَيْسَ لَهُ فِى جُمُعَتِهِ تِلْكَ شَىْءٌ

Maksudnya: “Bahawa sesiapa yang Jumaatnya sia-sia dia tidak dapat apa-apa kelebihan dan pahala yang diharapkan daripada Jumaatnya itu.”[4]

Kami  mengambil kesempatan di sini untuk mengesyorkan supaya kita laksanakan beberapa perkara sebagai tambahan pada hari Jumaat. Kami nukilkan daripada al-Fiqh al-Manhaji. Antaranya ialah:

Pertama: Sunat Membaca Surah al-Kahfi pada Malam Jumaat dan Siangnya

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat.”[5]

Kedua: Sunat Berselawat ke atas Nabi SAW dengan Banyak pada Malam dan Siangnya

Hal ini berdasarkan hadith:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةُِ فَأَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَىَّ

Maksudnya: “Antara hari yang paling mulia adalah hari Jumaat. Justeru, banyakkanlah berselawat kepadaku pada hari tersebut kerana selawat kamu akan dikemukakan kepadaku.”[6]

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 7 Februari 2022 bersamaan 5 Rejab 1443H

 

[1] Riwayat al-Bukhari (893) dan Muslim (852)

[2] Riwayat al-Bukhari (892), Muslim (851) dan yang lainnya

[3] Lihat Fath al-Bari, 8/274

[4] Riwayat Abu Daud (1051)

[5] Riwayat al-Nasaie (453)

[6] Riwayat Abu Daud (1047)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Home
Account
Cart
Search