Bersama Barisan Pensyarah Bertaraf Profesor Madya Daripada Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Pagi 7 Februari 2022, saya telah mengadakan pertemuan bersama barisan pensyarah bertaraf Profesor Madya daripada Universiti Sains Islam Malaysia – USIM meliputi semua fakulti. Ini lanjutan daripada pertemuan bersama Ahli Jemaah Profesor Universiti minggu lalu.

Hampir 20 cadangan dan saranan diperoleh berkaitan kebajikan para pensyarah, pembangunan akademik mahasiswa dan lain-lain yang perlu diberi perhatian serius oleh Lembaga Pengarah Universiti.

Saya turut mengambil kesempatan menyuarakan hasrat penubuhan Jabhah Ulama’ di USIM yang mengumpulkan para pensyarah daripada pelbagai bidang kepakaran ilmu naqli dan ilmu aqli bagi menyelesaikan isu-isu semasa ummah. Ini mengambil inspirasi daripada Jabhah Ulama’ al-Azhar yang amat berpengaruh di Mesir.

Keberadaan para ilmuan di USIM wajar dirasai dan bermanfaat besar bukan sahaja kepada mahasiswa tetapi juga masyarakat sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *