Bersama Barisan Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM.

Petang 15 Desember 2021, saya mengadakan pertemuan bersama barisan pensyarah program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM.

Mereka membentangkan kepada saya beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi membantu menangani masalah perceraian dan kekeluargaan di Malaysia.

Saya amat teruja apabila dimaklumkan bahawa USIM adalah satu-satunya universiti yang menawarkan secara khusus program Sarjana Kaunseling (Kaunseling Keluarga). Tambahan pula, mahasiswa pra siswazah dan pasca siswazah program Kaunseling turut dilengkapi dengan kemahiran Islam dalam pendekatan kaunseling.

Tradisi Islam tidak daripada sunyi daripada tokoh-tokoh seperti Imam al-Ghazali, Ibn Miskawaih, Abu Zaid al-Balkhi dan al-Hakim al-Tirmizi misalnya, yang mengetengahkan pelbagai metodologi rawatan jiwa yang berunsur keagamaan.

Bagi yang berminat untuk mendalami ilmu kaunseling, dalam masa yang sama memahirkan diri dengan ilmu-ilmu Islam berkaitan kaunseling, USIM adalah tempatnya.

Terima kasih dan saya amat hargai kunjungan Ketua Program Kaunseling, Dr. Nurhafizah Mohd Shukor; Prof. Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah; Penyelaras Saadah Centre, Dr. Siti Nubailah Mohd Yusof; dan Dr. Mohd. Zaliridzal Zakaria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *