Inilah Doaku

Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 112
Halaman: Berwarna

Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke 15 minit untuk bermunajat dengan doa-doa ini. Ia mungkin boleh dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja pada setiap pagi. 

Ini sebagai menzahirkan diri kita sebagai seorang Muslim yang bergantung kepada Allah SWT. Begitu juga kerana berdoa merupakan sebahagian daripada sifat tawakkal kepada-Nya. Sementelahan lagi, amalan berdoa merupakan amalan para nabi, rasul, para sahabat, salafus soleh dan manusia yang kenal kepada Tuhannya. 

Masa Peliharalah (Edisi Kemaskini)

Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 157
Halaman: Berwarna

al-Hasan al-Basri berkata: ” Hai anak Adam, dua nikmat yang agung, di mana manusia terperdaya pada kedua-duanya, itulah kesihatan dan masa lapang. Maka , Berhati-hatilah kerana yang selamat hanyalah sedikit sahaja.”

Umar bin al-Khattab setiap malam selalu membandingkan dirinya dengan mutiara lalu berkata:” Apakah yang kamu lakukan pada hari ini?

Dalam buku kecil ini dinyatakan kepentingan mengurus masa , cara ulama mengurus masa dan kisah ulama tentang masa. Amat rugi bagi mereka yang merugikan masa. 

Fiqh Jenazah

Tahun Terbitan: 2017
Muka Surat: 110
Halaman: Hitam Putih

Buku ini menerangkan tentang perkara sunat dilakukan selepas berlaku kematian , tugas keluarga yang hidup terhadap si mati ,  perkara yang wajib dilakukan kepada orang yang mati, cara solat jenazah dan lain-lain.

Amat patut dimiliki oleh setiap insan supaya belajar akan cara mengurus mayat dari awal hingga akhir.

Semoga Allah SWT matikan kita dalam Husnul Khatimah.

Prinsip Mazhab Asyairah & Sejarahnya

Tahun Terbitan: 2014
Muka Surat: 78
Halaman: Hitam Putih

Kefahaman Imam al-Asy’ari berkenaan menerima dengan segala sifat adalah berdasarkan al-Quran al-Karim. Justeru , tidak diambil mengikut zahir lafaz dan tidak ditakwilkannya. Ia adalah pendapat salaf, tetapi datang dari Asy’ari takwil berkenaan tangan dengan kudrat dalam bukunya al-Luma’ dan datang daripada ulama Asya’irah seperti Imam al-Baghdadi dan al-Juwaini mentakwilkan sifat-sifat ini. Mereka mentakwilkan tangan-Nya dengan kudrat-Nya, wajah-Nya dengan zat Nya atau wujud-Nya.

Inilah yang diikuti oleh kebanyakan Asya’irah yang mutakhir dengan mengikut yang layak bagi kemuliaan Allah dan kerana mendekatkan kefahaman. Justeru , diibaratkan oleh ahli tahkik dengan kenyataan mereka: Sesungguhnya pendapat salaf dengan menyerah dan menerimanya sahaja adalah lebih selamat, sedangkan mazhab khalaf dengan takwilan adalah lebih kukuh.

Fiqh Al-Hijrah

Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 88
Halaman: Hitam Putih

 

Makrifah Rasulullah SAW

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.