Category Archives: Pembubaran Perkahwinan

#2693: Minta Cerai kerana Enggan Dimadukan dengan Bidadari di Syurga

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ada dengar ceramah tentang suami yang soleh akan mendapat 72 bidadari di syurga sebagai isteri. Dan nikmat bagi isteri pula mendapat kemewahan. Meskipun isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari, saya berasa tidak adil dan tidak berpuas hati, mengapa tidak diberi pilihan untuk si suami menolak 72 bidadari itu? […]

#2609: Talak Yang Diwakilkan Kepada Seseorang

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ingin bertanya, adakah dibolehkan untuk mewakilkan seseorang untuk melafazkan talak dan adakah sah talak yang diwakilkan  tersebut ? Terima Kasih.   Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang […]

#2523: Bernazar Menceraikan Isteri Jika Suami Melakukan Maksiat

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ingin bertanya satu soalan berkaitan dengan penceraian. Soalan saya adakah jatuh talak sekiranya saya mengatakan: “Aku bernazar sekiranya aku melihat video lucah dan beronani secara serentak, maka telah jatuh talak satu ke atas isteriku dan aku dikehendaki membayar RM 50,000 kepadanya.”  Adakah dengan lafaz nazar yang disebut ini akan […]

#2518: Talak dengan Lafaz Kinayah Melalui Whatsapp

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Suami saya ada menghantar pesanan di Whatsapp untuk melepaskan saya dengan lafaz kinayah jika saya melakukan perbuatan yang suami larang. Sekiranya saya melakukannya kerana terlupa atau tidak ingat langsung pernah membaca lafaz kinayah tersebut, adakah talak jatuh serta merta pada masa saya membaca pesanan tersebut, atau pada masa suami menghantar […]

#2488: Hak Talak Kepada Isteri

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Satu hari seorang itu bergaduh dengan isterinya dan berkata kepada isterinya, “Aku serahkan hak talak kepadamu.” Adakah jatuh talak jika isteri melaksanakannya dan mahu bercerai dengannya?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda […]

#2471: Lafaz “Jika Aku Dengan Sengaja Panggil Kau Sayang Lepas Ni, Aku Akan Ceraikan Kau Dengan Talak 3.”

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Sepasang suami isteri bergaduh dan suami dalam keadaan marah telah melafazkan cerai dalam ayat di bawah: “Jika aku dengan sengaja panggil kau sayang lepas ni, aku akan ceraikan kau dengan talak 3.” Untuk pengetahuan Dr, panggilan nama pengganti isteri yang beliau selalu guna adalah sayang. Adakah cerai itu sah jika si […]

#2402: Penyelesaian Perceraian Mengikut Ibn Sina

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh terangkan kepada kami bagaimana isu perceraian di Malaysia dari segi statistiknya dan pendapat Ibn Sina serta tokoh tersebut?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda […]

#2376: Hukum Perempuan Berkahwin Dua Suami

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Baru-baru ini, saya ada dengar perempuan yang ada dua suami. Yang lebih pelik, kedua-dua suami itu dilayan, serta kedua-dua suami itu tidak mengetahui antara satu sama lain. Dalam situasi seperti ini, bagaimana hukumnya?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri […]

#2251: Wanita dalam Iddah Menghadiri Majlis Graduasi Anak yang Menghadapi Talasemia

Soalan Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ingin bertanya berkenaan hukum iddah. Suami saya baru meninggal dunia pada 3 Jun 2023. Anak lelaki saya akan bergraduasi pada 19 Ogos 2023 nanti. Anak saya juga merupakan pesakit Talasemia. dia sangat berharap saya ada bersama nanti. Soalan saya adakah saya boleh pergi ke majlis graduasi tersebut? Terima kasih. […]

#2248: Was-was Dalam Melafazkan Talak

Soalan: Assalamualaikum Dato Dr Zulkifli, saya ingin bertanya saya baru sahaja bernikah dengan orang Jepun pada bulan 5 tahun ini. Semasa saya baru bernikah, saya menerangkan pada isteri saya bahawa dalam Islam kalau si suami bercakap tentang cerai, walaupun si suami tak berniat, tetap jatuh talak. Beberapa minggu selepas itu, timbul keraguan dalam diri saya, […]