DYMM Tuanku Canselor Menerima Sembah Menghadap Pengurusan Tertinggi USIM

Patik mewakili pacal-pacal sekalian Pengurusan Tertinggi USIM merafak sembah menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia – USIM atas titah perkenan menerima sembah menghadap pada pagi tadi.

Saya mengambil kesempatan untuk membentangkan perkembangan libat urus akademik yang telah saya kendalikan bersama Syeikhul Azhar Fadhilatul Imam al-Akbar Syeikh Dr. Ahmed al-Tayeb dan Presiden Majlis Tertinggi Akademik Mohammed bin Zayed University for Humanities, Syeikh Abdullah bin Bayyah pada Disember tahun lalu.

DYMM Tuanku Canselor turut berkenan mendengar perancangan yang telah saya kemukakan bagi pemerkasaan 4 kluster utama iaitu antarabangsa, akademik, fasiliti dan kebajikan sepanjang menjawat jawatan Pengerusi USIM sehingga November 2024.

Kesudian DYMM Tuanku Canselor menerima sembah menghadap Pengurusan Tertinggi USIM mencerminkan keperibadian tinggi Baginda dalam memastikan USIM terus utuh di persada akademik sebagai sebuah Universiti Awam yang unggul dalam memartabatkan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *