Tentang Kami

Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1969) merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), mantan Ahli Dewan Negara dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7.

Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kini beliau merupakan anggota Muslim Council of Elders yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmed Al-Tayeb dan anggota Assembly of Muslim Jurists of America.

Maktabah Al-Bakri

satu usaha kami untuk memperkukuh jaringan keilmuan di peringkat global dan alam maya.

Maktabah Al-Bakri akan berperanan sebagai sebuah pusat penyelidikan hukum hakam dan fatwa yang menghimpunkan kajian-kajian semasa yang dijalankan oleh badan-badan berautoriti dalam bidang penyelidikan dan kefatwaan sedunia, untuk manfaat ummah.

Maktabah Al-Bakri juga bersedia menyalurkan ilmu-ilmu Islam yang sahih melalui medium infografik, artikel, ebuku, animasi, video, webinar, kursus dalam talian dan pelbagai teknologi terkini.

Ada Sebarang Persoalan?

Untuk sebarang pertanyaan dan penambahbaikan boleh terus hubungi nombor kami dibawah.

0196639624