Iftar Khadimul Haramain al-Sharifain (IFTARKHS)

Menjunjung kasih atas derma kurnia Duli Yang Maha Mulia Al-Malik Salman Abdulaziz Al Saud dan Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Muhammad bin Salman atas keprihatinan untuk tajaan Iftar Khadimul Haramain al-Sharifain (IFTARKHS) di seluruh dunia umat Islam, termasuklah di Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Alhamdulillh, lebih 2,000 orang mahasiswa, warga USIM serta masyarakat sekitar mendapat manfaat daripada IFTARKHS semalam. Saya dimaklumkan oleh pihak kedutaan, ini adalah peruntukan terbesar yang disediakan oleh Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Malaysia bagi penganjuran IFTARKHS di Malaysia.

USIM juga menerima penghormatan daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia melalui hadiah terjemahan al-Quran Bahasa Melayu cetakan Majma’ Malik Fahd dan satu set al-Quran Braille. Ia disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Sheikh Abdurrahman AlRobaian, Atase Agama Kedutaan Arab Saudi.

Penutup Majlis Khatam al-Quran & Iftar Perdana USIM dengan solat Tarawih yang diimamkan oleh sahabat kami, Ustaz Syukri Ali (Syeikh Al-Sudais Malaysia) sudah pasti menggamit kerinduan kita kepada Tanah Haram.

Mewakili Pejabat Pengerusi LPU USIM, saya menzahirkan sekalung penghargaan kepada Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, urusetia majlis serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.