Jemputan Makan Tengahari di Kedutaan Malaysia di Emiriah Arab Bersatu

Pada 1 Desember 2021, sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Yang Terutama Mohd. Tarid bin Sufian, Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu atas jemputan makan tengahari semalam di kedutaan. Jika kita merantau ke mana-mana pelosok dunia, Kedutaan Malaysia adalah ibarat rumah kedua kita.

Saya dijamu dengan Gulai Ikan Tenggiri, Masak Lemak Cili Api Udang, Ayam Goreng, Sayur Goreng Campur, Ulam dan Sambal. Minuman sudah pasti Teh Tarik. Tiga kali saya menambah! Lidah Melayu ini memang sukar nampaknya berasimilasi dengan lauk pauk hotel.

Tuan Yang Terutama juga berbesar hati membawa saya meninjau operasi pejabat Kedutaan dan pemandangan yang cantik daripada tingkat 19 bangunan ini. Saya doakan semoga warga Kedutaan Malaysia di Emiriah Arab Bersatu terus komited dalam memberikan khidmat terbaik kepada lebih 6 ribu rakyat Malaysia di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.