Kajian Perancangan Kemudahan Keagamaan Islam dan Lain-Lain Agama

Pada pagi 12 Januari 2022, saya menerima kunjungan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sedang menjalankan Kajian Perancangan Kemudahan Keagamaan Islam dan Lain-Lain Agama.

PLANMalaysia sedang dalam rangka penyediaan garis panduan berkenaan penyediaan kemudahan ibadat dan tapak perkuburan bagi penganut agama Islam dan lain-lain agama yang akan menjadi rujukan Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi terlibat dalam proses kelulusan pembangunan di satu-satu kawasan.

Saya telah menyuarakan beberapa buah fikiran untuk pertimbangan PLANMalaysia bagi meraikan keberadaan Muslim dan bukan Muslim. Usaha ini amat penting bagi memastikan semua agama diberikan hak yang sewajarnya dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan, sesuai dengan keperluan setempat.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh PLANMalaysia dan KPKT Malaysia kepada saya untuk memberikan sumbangsaran dari perspektif syariah bagi penyediaan garis panduan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *