Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslimin Berpusat di Emiriah Arab Bersatu bertemu Tun di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Nama Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia Islam khususnya dunia Arab. Saya teringatkan sebuah buku berbahasa Arab yang berjudul Mahathir Mohamad: Āqil fī Zaman al-Junun (Intelektual di Zaman yang Gila). Begitulah tinggi sanjungan dunia Arab kepada beliau.

Saya membawa TYT Mohamed Abdulsalam, Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslimin berpusat di Emiriah Arab Bersatu bertemu Tun di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Dalam tempoh satu jam, kami berbincang tentang masa depan umat Islam dan keperluan memperkukuh kerjasama sesama negara Islam bagi menghadapi sebarang cabaran zaman.

Tun Dr. Mahathir menegaskan keperluan untuk Syeikh al-Azhar melalui Majlis Hukama’ Muslimin menerajui usaha toleransi antara agama dengan menjadikan al-Qur’an dan kehidupan Rasulullah SAW sebagai dasar dan contoh utama.

Majlis Hukama’ Muslimin Malaysia akan sentiasa berusaha menyebarkan faham keamanan, perpaduan dan persefahaman sesama insan bagi masa depan yang lebih baik.

أحمد الطيب

المستشار محمد عبدالسلام

مجلس حكماء المسلمين

Muslim Council of Elders – Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.