Khutbah di Surau Kementerian Kewangan Malaysia

Menerima jemputan menyampaikan khutbah di surau Kementerian Kewangan Malaysia sebentar tadi. Terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Kewangan, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul atas sambutan.

Mengambil ruang masa yang ada, kami berbincang seketika berkenaan urusan kewangan melibatkan Kolej Genius Insan USIM. Sepanjang mengenali beliau semasa saya masih berada dalam Kabinet, banyak urusan kewangan melibatkan hal ehwal Islam peringkat Persekutuan dipermudahkan oleh beliau.

Moga Allah SWT mempermudahkan urusan YB Senator dalam menjaga tadbir urus kewangan negara.

Genius Insan Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Leave a Reply

Your email address will not be published.