Kunjung Hormat Pusat Wakaf dan Zakat USIM

Terima kasih atas kunjung hormat Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Saya menekankan kepentingan usaha untuk PWZ USIM lebih dikenali di khalayak ramai melalui kerjasama yang lebih baik dengan media.

Selain itu, kami turut membincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi melancarkan tadbir urus PWZ USIM, dan meningkatkan pendanaan awam.

Saya yakin, PWZ USIM mampu untuk menjadi sebuah pusat pengurusan wakaf, zakat, infak dan endowmen yang holistik dan berdaya saing. Awal tahun depan kita jumpa semula dan saya ingin melihat perubahan yang drastik demi manfaat warga Universiti Sains Islam Malaysia – USIM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *