Kunjungan Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian

Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus berlangsung dengan erat dan semakin utuh dengan pelbagai usahama yang dijalankan di pelbagai peringkat.

Saya telah mengunjungi Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian bagi menzahirkan penghargaan atas kurniaan kurma daripada Khadimul Haramain al-Syarifain Yang Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Aal Saud kepada semua universiti di Malaysia termasuk Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian turut berbesar hati memaklumkan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia telah bersetuju untuk menguruskan Program Iftar Khadimul Haramain Al-Syarifain tajaan Yang Mulia Raja Salman Bin Raja Abdulaziz Al-Saud di Pusat Islam USIM pada bulan Ramadhan nanti insya-Allah.

Mewakili seluruh warga USIM, saya menjunjung kasih atas keprihatinan Khadimul Haramain Al-Syarifain tajaan Yang Mulia Raja Salman Bin Raja Abdulaziz Al-Saud dan Yang Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas tajaan yang disampaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *