Kunjungan Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur

Tengahari 13 Januari 2022, saya menerima kunjungan Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Syeikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an dan Pegawai Penyelidik di Pejabat Atase Agama, Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya.

Kerjasama utuh Malaysia dan Arab Saudi sejak awal pembukaan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada tahun 1961 sehingga hari ini terzahir melalui hubungan diplomatik antara kerajaan, jua usahasama melalui pelbagai peringkat seperti agensi, syarikat, dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

Terima kasih atas hadiah kitab al-Jam’u bayna al-Sahihain oleh Imam Abu Muhammad Abd al-Haq bin Abd al-Rahman al-Isybili. Saya amat menghargainya sebagai tanda ingatan dan persahabatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.