Kunjungan Daripada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf)

Pagi 25 Mac 2022, saya menerima kunjungan daripada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang diwakili En. Kamarzaman Harun, Setiausaha Agong MSDeaf.

Sebagaimana yang sedia maklum, Malaysia bakal menghantar 37 orang atlit yang akan menyertai Sukan Deaflympics yang dijadualkan untuk diadakan di Brazil pada 1-15 May 2022.

Kunjungan MSDeaf ini adalah bagi mendapatkan pandangan hukum berhubung ibadah terutamanya solat, dan puasa sepanjang keberadaan di sana. Dengan bantuan Pegawai Komunikasi Komuniti Puan Fathin Norishah, saya telah menjelaskan satu persatu isu-isu fiqh musafir terutamanya melibatkan atlit sukan.

Sebagai tanda ingatan dan sokongan penuh kepada atlit Deaflympics Malaysia, saya hadiahkan kepada En. Kamarzaman antara jam tangan kesayangan saya berjenama AlFajr yang dibeli di Mekah al-Mukarramah. Istimewanya jam tersebut boleh menentukan arah kiblat dan waktu solat. Mungkin bermanfaat buat para atlit di sana nanti.

En. Marzuki Ong, Perunding MSDeaf turut menghadiahkan kepada saya “nama panggilan” dalam Bahasa Isyarat Malaysia sebagaimana kebiasaan komuniti orang pekak yang mempunyai nama panggilan masing-masing. Boleh lihat di hujung video.

Saya jemput semua atlit untuk ke pejabat saya selepas pulang daripada Sukan Deaflympics, dengan pingat masing-masing. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka!

Malaysian Deaf Sports Association

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *