Kunjungan Hormat Bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Pagi 14 April 2022, saya mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Fokus perbincangan kami adalah 3 perkara:

  1. Penawaran kerjasama kepakaran USIM – KPWKM dalam pemerkasaan Ibu Tunggal dan program Kaunseling Keluarga.
  2. Penerbitan Al-Qur’an Bahasa Isyarat Malaysia untuk OKU Pekak oleh USIM.
  3. Bantuan khas kepada para pelajar Kolej Genius Insan USIM daripada kelompok B40, yang menempatkan kanak-kanak dan remaja Muslim berusia 12 hingga 17 tahun dengan kognitif IQ 130 dan ke atas.

Terima kasih atas ruang masa dan perhatian serius yang diberikan oleh YB Menteri.

Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Ibnu Ummi Maktum Research Centre – Quran & Sunnah for Special Needs

Genius Insan

Leave a Reply

Your email address will not be published.