Kunjungan Hormat ke Kediaman Tan Sri Muhyiddin

Pengalaman Tan Sri Muhyiddin menjadi pemimpin negara dan menguruskan negara dalam kemelut pandemik COVID-19 adalah satu perkara yang menarik minat TYT Mohamed Abdelsalam untuk mengenali bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara ini dengan lebih dekat.

Saya berbesar hati dapat membawa TYT Mohamed Abdelsalam selaku Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslimin merangkap Wakil Kanan Syeikhul Azhar untuk melakukan kunjungan hormat ke kediaman Tan Sri.

Perbincangan kami berfokus kepada usaha pemberdayaan umat Islam daripada sudut ekonomi dan pendidikan. Pemikiran umat Islam perlu dicorakkan semula agar mereka tidak lagi menjadi pengikut semata-mata tetapi pemimpin yang mampu membuat perubahan yang berimpak tinggi.

Tan Sri turut menyuarakan hasrat untuk melihat kerjasama yang lebih serius melibatkan Majlis Hukama’ Muslimin dan Syeikhul Azhar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *