Kunjungan Hormat Panglima Tentera Darat

Pagi 6 April 2022, saya mengadakan kunjungan hormat bertemu Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain di pejabat beliau.

Dalam ruang waktu yang terhad, kami sempat berbual santai dan bertanya khabar masing-masing. Saya hadir bagi menyerahkan kitab Terjemahan Sahih al-Bukhari yang telah diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia semasa saya menjawat jawatan sebagai Menteri.

Semoga kitab hadith berkenaan bermanfaat sebagai antara rujukan hal ehwal keagamaan Tentera Darat Malaysia. Hubungan tentera dan awam selamanya akan kekal utuh dengan berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.