Kunjungan Hormat Panglima Tentera Laut

Semalam 12 April 2022, saya telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Sedar tak sedar, hampir 2 jam kami berbincang berkenaan isu-isu semasa keagamaan di dalam dan luar negara. Saya dapati, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany adalah individu yang amat menitikberatkan pengukuhan kefahaman agama dalam kalangan warga TLDM.

Saya telah mengusulkan cadangan awal penubuhan PALAPES-Laut di Universiti Sains Islam Malaysia – USIM dan juga kursus khas mahasiswa USIM bersama TLDM bagi memberi pendedahan awal berhubung ilmu laut. Insya-Allah, pihak USIM akan melaksanakan tindakan sesegera mungkin bagi merealisasikan hasrat ini.

Pada kesempatan yang sama, saya turut menyampaikan sumbangan 10 set Terjemahan Sahih al-Bukhari yang telah disiapkan semasa saya masih berada dalam Kabinet. Semoga ia dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh warga #NavyPeople.

Leave a Reply

Your email address will not be published.