Kunjungan Hormat Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia – USIM

Tengahari 15 Mac 2022, saya menerima kunjungan hormat Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia – USIM Tun Zaki bin Tun Azmi, yang juga mantan Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim di Dubai International Financial Centre Courts (DIFC).

Hubungan kami mula terbina sejak saya menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan. Ketika itu kunjungan beliau ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya masih ingat, saya menghadiahkan beliau kopiah seumpama Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi dan beliau memakainya terus sebagai tanda penghargaan.

Beliau yang lebih selesa memanggil saya “Ustaz” pernah menjemput saya ke rumahnya untuk minum petang. Kami berbual panjang tentang isu semasa perundangan, agama, dan kemasyarakatan. Sesekali beliau bertanyakan hukum-hakam agama, diselit juga dengan nasihat beliau sebagai seorang yang lebih berpengalaman.

Kami senada dalam menyatakan keperluan untuk USIM memperkasa niche area yang ada, bagi memposisikan USIM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menjadi tumpuan di peringkat global.

Moga Allah lanjutkan usia Tun Zaki dalam keredhaan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *